Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Op Dadu: 364 Individu...

SEPANG - Sebanyak 364 individu ditahan dalam 3,665 serbuan Op Dadu di seluruh...

Polis Cari Mangsa Buli...

Susulan dua klip video kes buli yang tersebar secara viral di laman sosial,...

Janakuasa Tenaga Geotermal Tawau...

TAWAU - Projek pembangunan Janakuasa Tenaga Geotermal berkapasiti 30MW di Apas Kiri di...

Fezrul Khan Tak Berbaju,...

DUDA anak satu, Fezrul Khan yang lama menyepi daripada sebarang kisah kontroversi baru-baru...

27,435 Kes Baharu Covid-19

Putrajaya : Kes baharu Covid-19 kembali menurun di bawah 30,000 iaitu 27,435 kes dilaporkan, semalam, berbanding 33,406 kes kelmarin.

Jumlah itu sekaligus menjadikan keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan di negara ini meningkat kepada 3,622,607 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu jumlah kes sembuh juga lebih tinggi berbanding kes baharu yang direkodkan semalam, iaitu sebanyak 30,335 kes. Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 3,281,128.

Mengulas mengenai jumlah kes baharu itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 27,181 kes adalah penularan tempatan dengan 254 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kes yang dikesan semalam paling tinggi membabitkan pesakit Covid-19 dalam kategori dua iaitu sebanyak 17,495 kes atau 63.77 peratus. Ia diikuti kategori satu dengan 9,756 kes (35.56 peratus).

“Selain itu ialah pesakit Covid-19 dalam kategori tiga dengan 89 kes, kategori empat (53 kes) dan kategori lima (42 kes). Secara keseluruhannya, daripada jumlah kes bagi kategori tiga hingga lima, sebanyak 53.26 peratus atu 98 kes membabitkan individu yang berusia 60 tahun keatas.

“Ia diikuti sebanyak 85 kes atau 46.20 peratus membabitkan individu yang sudah ada dua dos vaksin namun belum mendapatkan dos penggalak, mempunyai komorbid (64 kes), tidak divaksin atau belum lengkap divaksinasi (55 kes), sudah mendapatkan dos penggalak (44 kes) dan ibu mengandung (3 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehingga kini, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 379 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 122 kes disahkan COVID-19 dengan 257 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Bagi kes dalam ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat 216 kes iaitu 73 kes disahkan Covid-19 serta 143 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siastaan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, semalam pihaknya turut mengesan empat kluster baharu penularan Covid-19.

Ia menjadikan sebanyak 454 kluster yang masih aktif di negara ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori