• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

26,250 Kes Baharu Dengan 77 Kematian Dilaporkan

oleh AK-47
13/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 26,250 kes dilaporkan semalam sekali gus menurun sedikit dengan 177 kes daripadanya adalah kategori tiga, empat dan lima, menjadikan keseluruhan sebanyak 3,801,036 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 8,652 kes (32.96 peratus), kategori dua sebanyak 17,421 kes (66.37 peratus), kategori tiga sebanyak 70 kes (0.26 peratus), kategori empat sebanyak 60 kes (0.23 peratus) dan kategori lima 47 kes (0.18 peratus).

“Daripada 177 kes kategori tiga, empat dan lima, 43 kes (24.29 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 91 kes (51.41 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 43 kes (24.29 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 99 kes (55.93 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 77 kes (43.50 peratus) mempunyai komorbid dan dua kes (1.13 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 25,089 kes sembuh dengan keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 3,443,532 kes.

Sementara itu, data pada laman web CovidNow menunjukkan, 77 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,720 kes serta sebanyak 23 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,018 kes.

Terdapat 323,784 kes aktif dilaporkan melibatkan 311,946 kes dikuarantin di rumah, 2,780 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,691 kes di hospital, 156 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 211 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

-Kosmo Online

Tags: Covid-19kes harian covid-19kes positif COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hasni Calon MB Johor

Next Post

Malaysia, Jepun Ganda Usaha Tangani Isu Rantaian Bekalan Global

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Malaysia, Jepun Ganda Usaha Tangani Isu Rantaian Bekalan Global

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd