• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24,241 Kes Baharu Covid-19

oleh AK-47
19/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Jumlah kes harian Covid-19 semalam menurun kepada 24,241 kes berbanding 27,004 kes dilaporkan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus berkenaan mencecah 3,623,068 kes.

“Daripada jumlah itu, 23,720 kes adalah membabitkan penularan tempatan dengan 521 kes import yang mendapat jangkitan luar negara.

“Sebanyak 9,801 kes (40.43 peratus) membabitkan kategori satu manakala kategori dua pula ialah14,255 kes (58.81 peratus) serta kategori tiga ialah 67 kes (0.28 peratus) diikuti kategori empat dan lima masing-masing 65 kes (0.27peratus dan 53 kes (0.21 peratus),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan 185 kes kategori tiga hingga lima, sebanyak 60 kes (32.43 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi,71 kes (38.38 peratus) menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak, 54 kes (29.19 peratus) menerima dos penggalak.

“Sebanyak 109 kes (58.92 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 84 kes (45.41 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes (0.54 peratus) adalah membabitkan kes ibu mengandung.

“Sebanyak 383 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 164 kes disahkan Covid-19 dan 219 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan serta kes memerlukan bantuan pernafasan ialah 222 kes.

“Selain itu, sebanyak 26,615 kes dilaporkan sembuh menjadikan 3,623,068 kes kumulatif atau 91.7 peratus yang pulih setakat ini,” katanya.

Noor Hisham berkata, lapan negeri menunjukkan peratusan pengisian katil ICU melebihi 50 peratus iaitu Kuala Lumpur (73 peratus), Putrajaya (67 peratus), Perlis (64 peratus), Kelantan (63 peratus), Selangor (57 peratus), Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing (55 peratus)dan Johor (53 peratus).

“Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 222 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 25 peratus,” katanya.

Dalam pada itu katanya, terdapat tiga kluster baharu dikesan dan 332 kluster masih aktif sekali gus menjadikan kumulatif 6,905 kluster manakala 6,573 kluster tamat.

-Harian Metro

Tags: Covid-19kes harian covid-19kes positif COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembekal Air Ketum Diberkas Polis Di Chegar Medang, Bentong

Next Post

AS Tuduh Rusia Penjenayah Perang

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

AS Tuduh Rusia Penjenayah Perang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd