• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Perlu Pertikai Kesetiaan PAS Dalam PN – Muhyiddin

oleh AK-47
04/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAGOH: Kesetiaan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) waktu ini tidak perlu dipertikaikan lagi kerana parti itu sudah bersama BERSATU sejak awal lagi penubuhan PN, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PAS adalah parti pengasas dalam PN yang sehingga kini ia masih kekal. Jadi jangan pertikaikan, jangan persoalkan kesetiaan dan istiqamahnya PAS bersama PN.

“Kita baru selesai mengadakan muzakarah dengan PAS dan kita sudah bentang resolusi serta komitmen total parti-parti dalam PN,” katanya pada sidang media selepas Program Jualan Prihatin Rakyat Perikatan Nasional di Dataran Pagoh Jaya, dekat sini, hari ini.

Diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya PAS masih membuat pertimbangan untuk bersama Barisan Nasional (BN) dan bukan PN pada PRN Johor nanti, Muhyiddin berkata, situasi di Johor berbeza dan gabungan itu sudah membuat keputusan muktamad.

“Di Johor tidak begitu kerana semuanya sudah dimuktamadkan dan bermakna kita (PN) sudah tetapkan kerusi yang kita akan bertanding atas nama PN, kita tidak sebut PAS, BERSATU atau Gerakan.

“Kita (PN) tahu siapa musuh yang harus kita hadapi dan itu semua sudah selesai. Jadi, tidak adalah isu berbangkit dikalangan kita,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga berkata, agihan kerusi antara parti komponen PN yang akan membabitkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan selesai hujung minggu ini.

Justeru, beliau mengharapkan parti komponen dalam PN dapat memberikan tumpuan penuh kepada kawasan yang diberikan bagi menumpukan kemenangan pada PRN nanti.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Jualan Prihatin Rakyat berkenaan akan turut diperluaskan kepada empat atau kawasan lain di negeri itu tidak lama lagi dalam usaha PN bagi membantu meringankan beban rakyat.

“Apapun yang rakyat mahu adalah bagi PN menunjukkan kesungguhan untuk usaha seberapa yang boleh. Ini adalah satu manifestasi parti untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

Jualan berkenaan menawarkan sekilo gula pasir, sepapan telur, seekor ayam dan beras lima kilogram dengan harga RM20 sahaja, boleh didapati menerusi belian terus dan pandu lalu di beberapa lokasi terpilih.

BHonline-

Tags: BNMuhyiddin YassinPASPNPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd