• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tumpahan Minyak Di Pelabuhan Tanjung Bruas

oleh AK-47
19/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Tiada sebarang kesan tumpahan minyak dari kapal dikesan setakat ini seperti didakwa berlaku di perairan Selat Melaka di Pelabuhan Tanjung Bruas di Tanjung Kling, dekat sini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (Jas) negeri Rosli Osman berkata, pemantauan bersama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Laut malam tadi tidak menemui kesan tompokan minyak hitam seperti didakwa pengadu dalam video berdurasi satu minit 24 saat yang tular sejak semalam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu pihaknya turut melakukan pemantauan menggunakan dron bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh sekiranya berlaku pencemaran minyak di laut.

Katanya, tinjauan turut dilakukan di Pantai Puteri, Pantai Rombang, Pantai Kundur, Pantai Klebang selain kawasan pantai di Shah Beach Resort dan di Taman Spring Garden.

“Namun, kita tidak mengesan sebarang aktiviti pembuangan minyak mahupun tompokan minyak hitam di kawasan jeti Tanjung Bruas.

“Selain itu tiada lelehan minyak daripada dua kapal yang sedang berlabuh di jeti terbabit seperti dakwaan beberapa pekerja am pelabuhan di dalam video tular itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menerusi video tular itu beberapa individu dipercayai pekerja di jeti pelabuhan terbabit mendakwa berlaku aktiviti membuang sisa minyak pada waktu malam membabitkan sebuah kapal.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, pihaknya turut mengambil sampel daripada kedua-dua kapal berlabuh di pelabuhan itu.

“Tujuannya jika kita temui tumpahan minyak di laut nanti kita akan bandingkan dengan sampel diambil daripada kapal terbabit bagi mengetahui puncanya,” katanya sambil memaklumkan orang ramai boleh menghubungi 06-2345720 untuk aduan berkaitan.

Sementara itu, Sidang Kampung Tanjung Kling, Aziz Japar meminta pihak berwajib memandang serius dan melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan pencemaran minyak itu.

“Walaupun siasatan JAS dan Jabatan Laut tidak jumpa apa-apa bukti tumpahan minyak, saya berharap siasatan menyeluruh dilakukan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Pelabuhan Tanjung Bruastumpahan minyak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Perebutan, 56 Kerusi PN Selesai Dibahagi

Next Post

Stesen Angkasa Lepas China Siap Dibina Hujung Tahun Ini

Related Posts

Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak

Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak

21/10/2024
0

JOHOR BAHRU - Pemantauan di kawasan perairan sedang dilakukan bagi mengesan sebarang tumpuan minyak susulan kebocoran paip minyak di Pulau Bukom,...

Tumpahan Minyak Dari Singapura, Cemari Satu Kilometer Pantai Di Johor

Tumpahan Minyak Dari Singapura, Cemari Satu Kilometer Pantai Di Johor

21/06/2024
0

JOHOR BAHRU: Tumpahan minyak susulan pelanggaran kapal di Terminal Pasir Panjang, Singapura pada Jumaat lalu, dikesan mencemarkan kira-kira satu kilometer...

Next Post

Stesen Angkasa Lepas China Siap Dibina Hujung Tahun Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd