• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh kerjasama dua hala pasca-COVID-19.

Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan Ismail Sabri akan mengadakan mesyuarat dua hala di Rumah Kerajaan pada Jumaat.

“Lawatan itu juga memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin membincangkan cara untuk memperkukuh lagi kerjasama dua hala, khususnya untuk merancakkan semula ekonomi kedua-dua negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Kedua-dua pemimpin turut akan bertukar-tukar pandangan mengenai pengukuhan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama, seperti keselamatan, perkongsian ekonomi dan kesalinghubungan di sepanjang sempadan, serta kerjasama dalam ASEAN dan kerangka kerja pelbagai hala yang lain,” katanya.

Thanakorn berkata kunjungan itu adalah lawatan pengenalan Ismail Sabri selaras dengan tradisi ASEAN bagi pemimpin baharu yang memegang jawatan.

Lawatan tiga hari itu, adalah yang pertama sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri Ogos lalu.

Bernama-

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakobhubungan dua halaMalaysiaThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kembali Ke Zaman Kegelapan Jika Najib Kembali, Pelabur Tak Mahu Datang – Maszlee

Malaysia Kembali Ke Zaman Kegelapan Jika Najib Kembali, Pelabur Tak Mahu Datang – Maszlee

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa konon Malaysia berisiko kembali kepada ‘zaman kegelapan’ sekiranya wujud...

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd