• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Diminta Pertimbang Laksana Undi Dalam Talian

oleh Mohd Arshad
04/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta mempertimbangkan pelaksanaan sistem undi dalam talian atau e-undi bagi memudahkan pemilih, khususnya mereka yang berdepan kekangan untuk ke pusat mengundi seperti golongan mahasiswa.

Kesediaan SPRN mengkaji bagi membenarkan mahasiswa mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti dilihat sebagai tanda sudah tiba masanya kaedah pengundian lebih fleksibel diperkenalkan di negara ini.

Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Wan Afiq Ikhwan berkata, cadangan undi pos bagi mahasiswa Johor pada PRN tidak lama lagi adalah satu keperluan memandangkan kini kebanyakan universiti sedang dalam minggu akhir persiapan peperiksaan.

Katanya, adalah satu keperluan undi pos buat mahasiswa selain dapat mengekang penularan COVID-19 varian Omicron yang semakin meningkat serta mengurangkan kos perbelanjaan keluarga pelajar untuk mengambil atau menghantar mereka.

“Secara logiknya, undi pos bagi mahasiswa mendatangkan lebih banyak kebaikan kerana memudahkan pergerakan mahasiswa untuk mengundi. Melihat kepada lebih banyak kebaikan daripada keburukan, saya percaya perlu ada pelaksanaan secara terus sistem undi dalam talian juga, ditambah lagi Undi 18 akan dilaksanakan pada PRU akan datang,” katanya ketika ditemui BH.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini memaklumkan, cadangan undi pos membabitkan mahasiswa itu perlu dilihat daripada beberapa aspek sebelum keputusan dapat dibuat kerana suruhanjaya berkenaan harus mengenal pasti jumlah mahasiswa terbabit serta kos yang diperlukan.

Katanya lagi, SPR akan bermesyuarat pada 9 Februari ini bagi melihat secara terperinci isu berkenaan yang tidak boleh diputuskan serta-merta.

Ahad lalu, media melaporkan kebimbangan jika mahasiswa yang juga pengundi muda, tidak dibenarkan pulang oleh institusi pengajian tinggi berikutan kebimbangan penularan COVID-19.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor. Mengikut data diwartakan SPR pada 17 Januari lalu, jumlah pengundi di Johor meningkat kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi 18 tahun ke atas, susulan pendaftaran automatik warganegara usia berkenaan.

Wan Afiq mengambil contoh sistem undian dalam talian pada pilihan raya UM baru-baru ini, yang disifatkannya amat memudahkan pelbagai pihak, terutama mahasiswa yang berada di luar kampus utama universiti awam (UA) itu.

“Kita mahu proses pengundian menjadi lebih fleksibel pada PRU akan datang. Mahasiswa boleh mengundi di mana sahaja mereka berada kerana sistem pengundian sekarang memakan banyak perbelanjaan, tenaga dan masa serta komitmen tambahan,” katanya.

Presiden Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Alif Azri, berkata pelaksanaan undi pos bagi mahasiswa perlu mengambil kira pelbagai aspek, termasuk prosedur dan tatacara memandangkan jumlah pelajar IPT di Malaysia mencecah lebih 400,000.

“SPR perlu bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membincangkan hal berkenaan. Saya yakin dan pasti KPT dan IPT di seluruh Malaysia boleh memberikan kerjasama penuh bagi memudahkan proses pengundian seandainya undi pos mahasiswa dibenarkan.

“Jika undi pos kepada mahasiswa dengan prosedur sistematik dan tidak menyusahkan dilaksana, pastinya PRN Johor memberi lampu hijau kepada pelajar universiti awam dan swasta untuk mengundi, sekali gus jumlah pengundi Malaysia juga akan meningkat,” katanya.

Katanya, pada PRU akan datang, SPR diharap lebih bersedia dan mengambil kira kaedah pengundian yang komprehensif serta telus seperti kaedah pengundian secara dalam talian atau e-undi memandangkan negara masih berada dalam pandemik.

BHonline-

Tags: E-UndiPRN JohorSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa UMNO Shah Alam, Azrul Abu Hasan melahirkan rasa syukur kerana Ketua Strategi Komunikasi parti itu...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd