• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Pembukaan Sempadan Kini Diperhalusi – Muhyiddin

oleh AK-47
22/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan negara akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyediakan dan memperhalusi SOP berkenaan sebelum ia diumumkan.

Beliau berkata, biarpun ketika ini terdapat peningkatan kes positif COVID-19 dan bilangan kemasukan ke wad hospital, strategi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (ICK) serta pemberian dos penggalak menunjukkan keberkesanan dalam memberi perlindungan daripada jangkitan yang lebih teruk.

“MPN juga mendengar pembentangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai situasi dan perkembangan terkini COVID-19.

“Majlis juga mengambil maklum pihak KKM dalam proses akhir untuk memuktamadkan SOP bagi pembukaan sempadan negara untuk persetujuan Jemaah Menteri.

“Pengumuman pembukaan sempadan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, hari ini.

Muhyiddin berharap SOP itu akan lebih mudah dan longgar supaya ia tidak membawa kesan kepada pembukaan sempadan.

-Berita Harian

Tags: pembukaan sempadanSOPSOP Pembukaan Sempadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Gaji Minimum Masih Dalam Proses Semakan

Next Post

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Tiri

Related Posts

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan masjid susulan kejadian...

Next Post

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Tiri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd