Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Dron Seludup Dadah Dirampas...

KUWAIT CITY - Pihak berkuasa Kuwait menahan seorang lelaki menggunakan dron untuk menyeludup...

Joe Anggap Sindiran Dalam...

ELEMEN sindiran yang sering dilihat dalam sesebuah lagu bergenre hip hop dianggap perkara...

Najib Pulang Ke KL...

ALOR SETAR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri,...

‘WA BOSS T’ Antara...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pekerja kedai kimpalan besi yang menggunakan plat nombor...

Selepas 20 Hari, Kebakaran Tapak Sampah Pulau Burung Berjaya Dipadamkan Sepenuhnya

NIBONG TEBAL: Selepas 20 hari bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akhirnya berjaya menamatkan operasi itu sepenuhnya hari ini.

Perkara itu dikongsikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

“Alhamdulillah misi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung disempurnakan sepenuhnya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan #WiraMerah Pulau Pinang serta pelbagai agensi persekutuan dan negeri dalam proses pemadaman kebakaran,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menerusi catatan tersebut.

Difahamkan kejadian kebakaran sejak hampir tiga minggu lalu itu membabitkan kawasan seluas kira-kira 11.3 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan sampah tersebut.


Kejadian itu menyebabkan hampir 90 buah keluarga dengan kira-kira 400 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu terpaksa dipindahkan selain 10 buah sekolah ditutup selama tiga hari.

Usaha memadamkan kebakaran itu yang dikesan pukul 5 petang 12 Januari lalu sebelum ini turut menggunakan kaedah ‘water bombing’ selama dua hari dengan bantuan dua buah helikopter Unit Udara JBPM Subang dan Pulau Pinang.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori