• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Rangka SOP Baharu Tangani Pembakaran Terbuka

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk menangani isu pembakaran terbuka di kawasan revolusi hijau di Johan Setia.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, perangkaan SOP tersebut akan dibincangkan dalam satu mesyuarat bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 1 Mac depan.

“Mesyuarat tersebut turut membincangkan tentang persediaan kerajaan Selangor menghadapi cuaca panas menjelang bulan Mac, April, Julai dan Ogos depan.

“Persediaan akan dibuat dari segi memastikan telaga tiub (tube well) dapat membekalkan air untuk digunakan bagi memadamkan kebakaran akibat cuaca panas di beberapa lokaliti kebakaran termasuk di Johan Setia dan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Kecil Alam Sekitar (GKAS) dan Teknologi Hijau Negeri (GKTH) Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini pada Isnin.

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan JAS Selangor mengesan kebakaran kecil di kawasan revolusi hijau Johan Setia ketika pihak pegawai penguat kuasa melakukan pemantauan dan pencegahan pembakaran di kawasan berkenaan.

JAS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan pasukan peronda juga mengesan asap berpunca dari pembakaran terbuka rumput kering di kawasan berpagar yang dijadikan parkir lori.

SinarHarian-

Tags: JASpembakran terbukaselangorSOP
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Nikmatilah Hari-Hari Terakhir Sebagai Kerajaan Di Selangor, Putrajaya’ – Ahmad Fadhli

‘Nikmatilah Hari-Hari Terakhir Sebagai Kerajaan Di Selangor, Putrajaya’ – Ahmad Fadhli

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menasihatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menikmati hari-hari terakhir sebagai...

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd