Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Serangan Syria: Hampir 200...

DAMSYIK - Serangan besar-besaran tentera kerajaan Syria mengorbankan sehingga 190 penduduk di Ghouta,...

PBSNT Diminta Jangan Ambil...

PUTRAJAYA - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak perlu terburu-buru keluar daripada...

JKMR SPRM Bantah Debat...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menasihati supaya debat awam berhubung...

Penjual Burger Dipenjara 5...

KUALA LUMPUR - Akibat merompak wang tunai RM16, telefon bimbit dan pelbagai mata...

Russia Tawan Pulau Di Laut Hitam

MOSCOW: Tentera Russia menawan Pulau Zmiinyi Island di Laut Hitam, di mana 82 tentera Ukraine menyerah diri, menurut Kementerian Pertahanan Russia hari ini.

Sementara itu, pegawai Ukraine berkata kesemua 13 pengawal sempadan yang ditempatkan di pulau di selatan bandar pelabuhan Odessa itu terbunuh dalam serangan kapal tentera laut Russia.

Di ibu negara Ukraine, Kyiv, letupan dan tembakan kedengaran di wilayah utara apabila tentera Russia mula menyusup masuk.

Orang ramai bertempiaran lari di daerah Obolonsky, di tengah bunyi tembakan dan letupan kecil di pusat bandar.

Difahamkan, tentera Russia sudah berada di pinggir Kyiv sejak semalam dan pasukan tentera udaranya menggunakan helikopter untuk menyerang lapangan terbang berhampiran Obolonsky.

Menurut Kementerian Pertahanan Russia, pasukan payung terjun akan dikerahkan untuk menjaga loji nuklear Chernobyl nuclear dekat KYIV, yang kini ditutup.

Tentera Russia, yang memulakan operasi tentera sepenuhnya kelmarin, mendakwa sudah memusnahkan 118 infrastruktur tentera Ukraine.


Kementerian Dalam Negeri Ukraine pula mendakwa Russia menyerang 33 sasaran orang awam dalam tempoh 24 jam lalu, menurut laporan Interfax.

“Russia berkata mereka tidak menyasarkan orang awam tetapi 33 lokasi orang awam dibom dalam tempoh 24 jam lalu,” kata seorang pegawai kementerian terbabit.

Mereka juga mendakwa berjaya mematahkan serangan terhadap pangkalan udara Gostomel tetapi pasukan Russia dilihat sudah memasuki tebing barat sungai Dnieper dari Belarus.

Menteri Pertahanan Ukraine, di laman Facebooknya, menggesa penduduk tempatan menentang pencerobohan tentera Russia.

“Kita gesa mereka memberi maklumat mengenai pergerakan tentera Russia dan menyediakan bom molotov bagi menentang musuh,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori