• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rondaan Berkuda Di Sempadan Kelantan Mulai Mac Ini

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Rondaan berkuda di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dijangka akan bermula Mac ini dalam usaha membendung kegiatan jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, sebagai langkah awal, Unit Berkuda dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan turun ke kawasan sempadan di negeri ini untuk membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum memulakan operasi.

“Menerusi maklumat yang dikumpulkan, kita akan membuat ketetapan berapa jumlah kekuatan anggota diperlukan untuk penugasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tangan Bersalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, pada Rabu.

Pada majlis tersebut Hazani turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga angkat IPD Pasir Mas.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

Menurutnya, bentuk muka bumi di negeri ini berbeza apabila ada rumah penduduk berada di gigi sungai, sekali gus menyukarkan anggota Unit Berkuda FRU membuat rondaan.

Beliau berkata, melalui rondaan itu pihaknya akan mengumpul maklumat berkaitan lokasi ‘panas’ yang sering menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan.

Hazani berkata, ketika ini, sebanyak sembilan ekor kuda telah digunakan untuk mengawal sempadan Malaysia-Thailad di Kedah dan Perlis.

SinarHarian-

Tags: KDNKAKelantanrondaan berkudaThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang menyertai pertandingan ratu cantik transgender...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd