• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut Petir: Orang Ramai Perlu Sentiasa Peka Situasi Cuaca – MetMalaysia

oleh AK-47
23/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan situasi cuaca bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku ketika ribut petir.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, orang ramai perlu memastikan mereka mencari kawasan perlindungan dan mengelak berada di kawasan terbuka serta lokasi berisiko disambar petir.

“Berkenaan dengan ribut petir ini, pastikan kita berselindunglah, dalam kes semalam (kes gondola dipukul ribut), maknanya saya pasti mereka kurang cakna dengan situasi cuaca.

“Jadi kita kena lebih cakna, berhati-hati. Apabila ada awan tebal dan bunyi guruh, cari perlindungan. Duduk dalam bangunan dan jangan duduk di kawasan terbuka sebab nanti mudah disambar petir.

Elakkan berada di pokok-pokok atau bangunan tidak kukuh,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati semasa melakukan aktiviti di laut dan ketika menggunakan bot pelancong sempena cuti sekolah minggu hadapan.

“Luruan angin timuran yang sedang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur pada ketika ini, keadaan ini boleh menyebabkan ombak yang tinggi dan berbahaya kepada bot-bot, termasuk bot pelancong dan sebagainya.

“Kita jangkakan berlarutan sehingga awal minggu hadapan. Dalam musim nak cuti sekolah ini, kita harap lebih berhati-hati kepada ibu bapa dan orang ramai dalam menggunakan kemudahan bot ke pantai timur ini,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di beberapa kawasan di empat negeri di Semenanjung susulan luruan angin timuran dari barat pasifik yang dijangka berterusan sehingga 2 Mac ini.

Selain itu, angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor serta Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal berterusan sehingga 28 Februari ini.

Awani-

Tags: CuacaMetMalaysiaRibut Petir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sekolah Boleh Buat PdPR Jika Kes Covid-19 Tinggi

Next Post

Perdana Menteri Tiba Di Kemboja

Related Posts

Monsun Barat Daya Punca Cuaca Kering, Panas Sehingga September Ini

Monsun Barat Daya Punca Cuaca Kering, Panas Sehingga September Ini

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengaruh Monsun Barat Daya sejak 10 Mei lalu mengakibatkan fenomena cuaca kering dan panas dengan bilangan hari tanpa...

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Next Post

Perdana Menteri Tiba Di Kemboja

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd