• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut Petir, Angin Kencang Dijangka Hingga Awal Mac

oleh Mohd Arshad
22/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kejadian ribut petir dan angin kencang yang berlaku kini dijangka berlarutan sehingga awal Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia didorong faktor angin timuran dari Lautan Pasifik lembap yang sedang bertiup masuk ke rantau negara.

Senario itu, katanya menyebabkan pembentukan awan lebih mudah terjadi, sekali gus menyebabkan berlaku ribut petir dan angin kencang.

“Ada masanya berlaku tumpuan angin di kawasan tertentu yang menyebabkan ribut petir menjadi lebih ekstrem sehingga menghasilkan hujan batu dan puting beliung.

“Mengikut analisis terkini dan sumber daripada model ramalan, keadaan ini dijangka berterusan sehingga awal Mac.

“Harus diingat peralihan monsun kebiasaannya akan bermula pada penghujung Mac sehingga awal Mei dan semasa peralihan itu, aktiviti ribut petir akan menjadi lebih kerap pada sebelah petang dan awal malam terutama di negeri pantai barat Semenanjung,” katanya dalam kenyataan kepada BH, di sini, hari ini.

METMalaysia jam 4.15 petang tadi melalui laman Facebook, turut mengeluarkan amaran ribut petir membabitkan kejadian hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri yang dijangka berlarutan sehingga jam 8 dan 9 malam ini.

Antara kawasan yang dijangka terkesan ialah di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya serta beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Di Melaka, lewat petang semalam, kira-kita 70 kediaman di daerah Melaka Tengah serta Durian Tunggal, Alor Gajah terjejas berikutan kejadian ribut serta hujan lebat.

Selain itu, lima kawasan di Dengkil turut terjejas akibat ribut kira-kira jam 5.30 petang semalam menyebabkan infrastruktur awam selain 18 kenderaan dihempap pokok.

Kejadian sama berlaku pada Ahad di Ipoh menyebabkan menara stesen pemancar telekomunikasi setinggi 30 meter tumbang dan menghempap sebuah kabin di perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani.

Mengulas lanjut mengenai situasi ini, Muhammad Helmi berkata, kejadian ribut petir itu boleh berlaku di mana-mana kawasan di dalam negara.

“Justeru, sekiranya berdepan bencana ribut, jauhkan diri daripada kawasan terbabit dengan berlindung di dalam bangunan atau binaan berstruktur kukuh.

“Untuk mereka yang berada di dalam rumah, seboleh-bolehnya jauhkan diri daripada kawasan yang bercermin, seperti tingkap kaca,” katanya.

BHonline-

Tags: Angin KencangMetMalaysiaRibut Petir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

Next Post

COVID-19: Dos Penggalak Tingkat Imuniti, Rendahkan Kebarangkalian Dijangkiti, Kes Serius – Pakar

Related Posts

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Empat Negeri Diramal Alami Hujan Berterusan Khamis, Jumaat Ini

Empat Negeri Diramal Alami Hujan Berterusan Khamis, Jumaat Ini

18/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan empat negeri selama dua hari bermula Khamis ini....

Next Post

COVID-19: Dos Penggalak Tingkat Imuniti, Rendahkan Kebarangkalian Dijangkiti, Kes Serius - Pakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd