• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramasamy: UMNO Akan Desak PRU Awal Jika Menang Besar Di Johor

oleh Mohd Arshad
01/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy percaya sekiranya Umno menang besar dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor akan memberikan parti itu keyakinan untuk mendesak pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Ramasamy berkata keputusan PRN Melaka baru-baru ini dan pilihan raya kecil terdahulu memberi keyakinan kepada Umno bahawa parti itu boleh bertanding sendirian dengan parti komponen BN yang lain, dan tidak memerlukan PAS atau Bersatu.

“PRN Johor akan datang akan mendapat perhatian ramai dan keputusannya mungkin meramalkan apa yang boleh berlaku dalam PRU akan datang.

“Saya akan katakan bahawa gesaan untuk PRN Johor adalah didalangi Umno.

“Malah, parti itu mahu menguji popularitinya di Johor sebelum mendesak kerajaan pusat supaya mengadakan PRU.

“Jika Umno/BN memenangi PRN, momentum untuk menggesa PRU awal akan dipertingkatkan,” kata Ramasamy dalam satu kenyataan hari ini.

Dia menepis penafian pemimpin Umno bahawa desakan untuk pilihan raya awal tidak berkaitan dengan pertuduhan mahkamah terhadap pemimpin kanan parti seperti bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

“Populariti adalah satu perkara, tetapi Umno mahu memastikan pilihan raya dapat diadakan cukup awal sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap mereka yang didakwa atau disabitkan kesalahan rasuah,” tambah Ramasamy, yang juga Adun Perai.

Dia berkata ketika Umno sedang menikmati peningkatan sokongan, gabungan PN yang diketuai PAS dan Bersatu serta gabungan Pakatan Harapan (PH) berada dalam keadaan tidak menentu.

“Bagi gabungan PN yang diketuai oleh Bersatu, PRN Johor adalah mengenai kaitannya dalam politik Malaysia.

“Bersatu tidak pasti untuk membuat perubahan dalam politik Johor, kerana ‘poster boy’ Muhyiddin pun tidak berminat untuk bertanding.

“Bagi PAS, yang kini ditinggalkan Umno, ia tidak mempunyai pilihan selain untuk bersama-sama Bersatu,” kata Ramasamy.

Ramasamy mengakui PH, termasuk partinya sendiri DAP, sedang berjuang untuk mendapatkan semula kedudukan dan momentum lamanya.

“Kekuatannya sedikit sebanyak berkurangan dalam PRN Melaka dan Sarawak.

“Dalam kedua-dua pilihan raya itu, kerusi DAP dikurangkan kepada kira-kira separuh manakala PKR kalah semuanya, manakala Amanah berjaya memenangi hanya satu kerusi di Melaka.

“Ia akan menjadi satu perjuangan yang sukar bagi PH untuk kembali kepada kekuatan dan daya tahan yang dimiliki sebelum pilihan raya umum 2018,” katanya.

Ramasamy merasakan memorandum persefahaman (MoU) antara PH dan kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob adalah lebih isu yang lebih berpengaruh berbanding logo yang digunakan oleh parti PH.

“Adalah dipersetujui dalam PH bahawa PKR akan menggunakan logo partinya sendiri manakala DAP dan Amanah akan menggunakan logo gabungan.

“PKR memandangkan prestasi buruknya pada PRN Melaka dan Sarawak berpendapat perubahan logo itu mungkin disenangi pengundi Melayu.

“Dihujahkan bahawa logo PH dibayangi era pentadbiran bekas perdana menteri Mahathir Mohammed selama 22 bulan.

“Saya tidak pasti tentang kesan perubahan logo, tetapi PH secara keseluruhan pastinya terjejas oleh MOU dengan kerajaan persekutuan,” tambahnya.

-Malaysia Kini

Tags: DesakanPRN JohorPRUUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – MCA menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan jentera parti di semua peringkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd