• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Kuarantin Masuk Ke India Mulai Hari Ini

oleh Mohd Arshad
14/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Pengembara dari Malaysia yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin untuk memasuki India berkuat kuasa hari ini, menurut Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia.

Selain itu, ujian RT-PCR Covid-19 pra penerbangan juga tidak wajib bagi pengembara lengkap divaksin yang tiba di India dari Malaysia.

“Sebagai pemacu vaksinasi terbesar di dunia, bermula dengan vaksin Aatmanirbhar India dan protokol Covid-19 ditetapkan, India melonggarkan sekatan perjalanan untuk pelancong yang datang ke India dari Malaysia.

“Suruhanjaya Tinggi India mendoakan keselamatan dan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan di India untuk pengembara Malaysia,” menurut Suruhanjaya Tinggi itu menerusi catatan Facebook.

Meskipun tiada pengiktirafan rasmi bersama bagi pensijilan Covid-19 yang ditandatangani antara Malaysia dan India, kedua-dua kerajaan mengiktiraf sijil vaksinasi dalam amalan diplomatik dan di lapangan.

Pintu pelancongan India dibuka semula pada 15 November tahun lalu bagi ketibaan dari semua negara dengan beberapa sekatan bergantung dari mana pengembara berlepas.

Menurut laporan di CNN Travel, penerima vaksin yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau di negara yang mempunyai perjanjian pengiktirafan bersama sijil vaksin dengan India tidak perlu mengemukakan ujian semasa ketibaan berkuat kuasa hari ini.

Setakat 10 Februari lalu, senarai itu merangkumi 82 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dan mereka yang tidak memenuhi syarat masih perlu melakukan ujian.

Laporan itu turut menyatakan mulai hari ini, tiada kuarantin sejurus ketibaan dan penumpang antarabangsa diminta ‘memantau sendiri kesihatan mereka’ selama 14 hari selepas ketibaan.

Semua penumpang dinasihatkan menyemak garis panduan perjalanan yang dikemas kini di https://mohfw.gov.in.

Bernama-

Tags: Covid-19Indiakuarantin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd