• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Kedah: 11 ADUN PH Ambil Keputusan Tunggu Dan Lihat – Johari

oleh AK-47
20/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING : Kesemua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Kedah mengambil keputusan ‘tunggu dan lihat’ mengenai kebarangkalian Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah yang didakwa akan diadakan selepas PRN Johor.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, tindakan itu diambil selepas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor beberapa kali menegaskan bahawa tidak berlaku ‘kekecohan’ dalam kalangan wakil rakyat kerajaan di negeri itu.

Dalam masa sama, Johari mengesahkan tidak menerima sebarang ‘ajakan’ daripada mana-mana ADUN kerajaan terutama dalam kalangan ADUN Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan terhadap Sanusi.

“Dalam kes ini, kita lihat Menteri Besar, (Muhammad Sanusi) berkali-kali menyatakan bahawa tidak berlaku kekecohan di kalangan (ADUN) parti pemerintah, jadi kita (ambil pendekatan) tunggu dan lihat.

“(Mengenai ajakan dari ADUN BN untuk tarik sokongan itu) saya belum dengar lagi (dan dakwaan ada gerakan dari ADUN PH untuk jatuhkan kerajaan negeri pun) belum dengar lagi,” katanya.

Johari berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kenduri Rakyat memperingati Peristiwa Demonstasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974, di Padang Awam Kampung Lalang di sini, pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Johari memaklumkan, persiapan PH Kedah dalam menghadapi PRU-15 kini pada peringkat menyiapkan manifesto yang dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di negeri itu, Johari memaklumkan bahawa pihaknya turut mengambil pendekatan tunggu dan lihat memandangkan masih belum ada sebarang pertemuan dengan pimpinan parti berkenaan dalam membincangkan mengenai perkara itu.

“Alhamdulilah (persiapan PH Kedah sedang) bergerak maju, Datuk Phahrolrazi (sebagai) Ketua Pembangkang (DUN Kedah) juga menyatakan persiapan itu (ditingkatkan) dari semasa ke semasa (dan) sudah hampir (untuk) menyediakan manifesto (untuk PRU-15) yang mana kita akan lancarkan tidak lama lagi.

“(Pimpinan Pejuang ini) mereka belum ada berjumpa (dengan) saya atau Datuk Phahrolrazi (dan) belum ada ‘hello-hello’ lagi, kita anggap (ia sebagai) tunggu dan lihat,” jelasnya.

Minggu lalu, beberapa pihak termasuk Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri mencabar Sanusi untuk mengumumkan penamatan kerjasama Muafakat Nasional (MN) di Kedah dan segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Sanusi sebelum itu, menyatakan dakwaan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan daripada empat ADUN terhadap kepimpinannya hanya khabar angin.

ADUN Bandar Baharu dari BN, Datuk Norsabrina Mohd Noor ketika ditemui juga turut menafikan dakwaan bahawa dia bersama seorang lagi wakil rakyat parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Kedah.

-Berita Harian

Tags: adunADUN PHPHPRN Kedah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beijing Bakal Miliki Legoland

Next Post

MCA Belum Tahu Dapat Berapa Kerusi

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Tiada Kuota Untuk Lantikan Jawatan PH Sabah

Tiada Kuota Untuk Lantikan Jawatan PH Sabah

25/12/2024
0

PENAMPANG - Tiada sebarang kuota bagi lantikan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah dan pemilihannya dilaksanakan secara demokrasi. IKUTI CHANNEL...

Next Post

MCA Belum Tahu Dapat Berapa Kerusi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd