Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

JPJ Sasar Kutipan RM4...

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil RM4 bilion tahun ini...

Tun M Hadir Persidangan...

MELAKA - Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadiri Persidangan Kebangsaan...

Klinik Kesihatan KL Bakal...

KUALA LUMPUR - Waktu operasi perkhidmatan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di Jalan Fletcher...

Apabila Pelumba Nascar Menjadi...

APAKAH perasaan anda sekiranya video yang dihasilkan dengan segala titik peluh yang ada dipertikaikan...

PRN Johor: SOP Berkempen Jangan Terlalu Ketat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menetapkan prosedur operasi standard (SOP) berkempen terlalu ketat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, SOP sedemikian menyukarkan calon dan parti yang bertanding untuk berkempen.

Menurutnya situasi itu dapat dilihat dalam PRN Melaka sebelum ini yang mengakibatkan jentera kempen parti bertanding gagal melaksanakan tugas mereka.

“Kita mengharapkan SOP (berkempen) yang nak dikenakan dalam PRN Johor itu jangan terlalu ketat. Soal pokok ialah samada mereka mematuhi SOP dan kalau semua patuh SOP saya kira mungkin jangkitan itu tidak akan merebak.

“Tetapi dengan sebab kebimbangan tertentu oleh kerajaan, jangan sampai kekangan yang sebegitu rupa sehingga tidak boleh kempen.

“Sebagai contoh calon nak bertanding tapi dia tak boleh pergi jumpa sesiapa, macam mana pengundi nak tengok perwatakan, tutur kata, bahasa (calon)… orang nak menilai dan nak memilih wakil rakyat, bukan senang.

“Macam yang berlaku di Melaka, kekangan sangat besar. Saya pergi minum air bersama calon Perikatan Nasional (PN) ada yang sampai tak kenal calon,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Katanya kerajaan melalui KKM dan SPR harus memberikan sedikit pertimbangan bagi membolehkan parti-parti yang bertanding berkempen dalam keadaan selamat.

Dalam perkembangan sama katanya, PN telahpun hampir selesai sepenuhnya membincangkan mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen yang akan bertanding.

“Mungkin esok akan selesai.. kita dengan Pas dah selesai dan berlaku pertindihan dengan Parti Gerakan tapi tak banyak… dalam dua tiga kerusi sahaja.

“Saya harap setiausaha agung (parti komponen PN) bersama-sama dengan pasukan akan selesaikan perkara itu dan nanti kita akan beritahu berapa jumlah kerusi yang kita akan bertanding,” katanya.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori