• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Sheikh Umar Jadi Calon PH Pertahan DUN Paloh

oleh AK-47
04/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali daripada DAP dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dilakukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di pejabat Harapan DUN Paloh, sekali gus menjadi calon pertama yang diumumkan untuk PRN Johor.

Lim berkata keputusan untuk mengekalkan penyandang kerusi DUN berkenaan dibuat berdasarkan integriti dan kredibiliti Sheikh Umar yang tidak diragui serta mewakili pelbagai golongan.

“Untuk Sheikh Umar, ia berdasarkan rekod selama ini dan yang penting adalah, apakah bentuk kerajaan yang kita (mahukan)…pentingnya kita kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang dipandukan oleh rakyat bukan oleh kepentingan pihak tertentu.

“Saya rasa dengan adanya Undi18 itu faktor penentu yang kita tak boleh cam apakah bentuk kecenderungan mereka tapi saya yakin mereka mahukan satu kerajaan yang boleh memberikan masa depan yang cerah kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman tersebut.

Lim berkata reputasi Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor itu ketika menjadi Exco kerajaan negeri memegang portfolio Pembangunan Usahawan, Koperasi, Ekonomi, Penerangan Belia dan Sukan Johor itu turut menjadi antara kekuatan selain disenangi pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sheikh Umar, 36, graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya itu menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional (BN) Teoh Yap Kun dengan meraih majoriti 783 undi pada penampilan pertama beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

Bernama-

Tags: calon PHDAPDUN PalohPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd