• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: PN Muktamadkan Senarai Calonnya Hari Ini – Muhyiddin

oleh AK-47
18/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Senarai calon yang akan bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac depan akan dimuktamadkan hari ini, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Soal senarai nama calon hari ini selesai, tiada sebarang masalah untuk kita bekerjasama kerana PN ada tiga parti sahaja untuk berbincang iaitu Bersatu, Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi soal jawab dan sarapan bersama 50 wakil pertubuhan bukan kerajaan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda di sini hari ini.

Semalam, Presiden Gerakan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dilaporkan berkata PN akan mengumumkan senarai calon mereka untuk PRN ini pada 23 Feb, iaitu tiga hari sebelum tarikh penamaan calon.

Mengenai kriteria calon PN, Muhyiddin berkata kelayakan akademik bukan satu-satunya yang akan melayakkan seseorang itu dipilih sebagai calon gabungan itu kerana aspek pengalaman dan kemahiran turut diambil kira.

“Jadi, kita ambil kira semuanya. Kelayakan akademik memang antara satu daripada syarat yang dipertimbangkan tetapi bukan satu-satunya,” kata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh.

Mengulas rundingan pengagihan kerusi antara MUDA dan PKR yang menemui jalan buntu, Muhyiddin berkata parti baharu itu tidak seharusnya bergantung kepada kekuatan parti lain pada PRN berkenaan sebaliknya perlu pertanding secara solo bagi menguji kekuatan mereka.

Beliau berkata di Johor terdapat 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan MUDA boleh memilih mana-mana kerusi yang difikirkan sesuai dan bertanding di kawasan itu kerana melalui cara itu parti itu boleh menguji kekuatan.

“Saya bukan penasihat undang-undang MUDA tetapi sebagai seorang yang berpengalaman, pada (pandangan saya) sewajarnya bila sudah tubuhkan parti politik baharu biarlah bertanding sendirian, boleh uji kekuatan, jadi mengapa mahu berunding dengan orang lain,” katanya.

Awal hari ini, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi satu kenyataan berkata rundingan rasmi antara kedua parti berkenaan disifatkan tamat susulan tindakan PKR mengumumkan calon untuk 20 kerusi yang akan ditandingi pada PRN itu.

Setakat ini, MUDA dijangka bertanding di enam kerusi DUN iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai dengan Setiausaha Agung MUDA Amira Aisya Abd Aziz telah dinamakan sebagai calon Puteri Wangsa.

Bernama-

Tags: PNPRN Johorsenarai calon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Tikam Bayi: Pendakwaan Boleh Teliti, Kaji Semula Keputusan Pertuduhan

Next Post

PKR Johor Dedah Enam Kejelekan MUDA

Related Posts

‘Isu Babi Boleh Alih Sokongan Pengundi Kepada PN’ – Hamzah

‘Isu Babi Boleh Alih Sokongan Pengundi Kepada PN’ – Hamzah

24/04/2025
4

TAPAH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan isu penternakan babi boleh mendorong pengundi...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

PKR Johor Dedah Enam Kejelekan MUDA

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd