• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tikam Bayi: Pendakwaan Boleh Teliti, Kaji Semula Keputusan Pertuduhan

oleh AK-47
18/02/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan masih boleh meneliti dan mengkaji semula keputusan pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan ke atas seorang remaja berusia 15 tahun yang didakwa membunuh anak yang baru dilahirkannya kepada pertuduhan lain.

Jabatan Peguam Negara menegaskan, ia boleh dilakukan setelah mengambil kira perkembangan tambahan termasuk hasil siasatan kejadian rogol ke atas remaja itu.

Menurutnya, maklumat mengenai kejadian rogol ke atas dirinya hanya diketahui selepas remaja itu ditahan pada 8 Februari lalu dan laporan polis dibuat pada hari yang sama.

“Susulan daripada laporan polis itu satu kertas siasatan dibuka dan siasatan masih dijalankan.

“Pertuduhan ke atas kanak-kanak tersebut adalah satu proses keadilan jenayah yang telus tanpa dipengaruhi oleh apa-apa dorongan dan berasaskan kepada keterangan semata-mata,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Jabatan Peguam Negara menambah pada ketika ini, remaja yang dituduh ini akan diadili melalui proses keadilan mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) memandangkan orang yang dituduh itu adalah seorang kanak-kanak seperti mana takrifan di bawah Akta 611 dan jika disabitkan kanak-kanak ini akan diperintahkan untuk ditahan di bawah Seksyen 97(2) Akta 611.

Menurut kenyataan itu, sebelum ini, Pejabat Pengarah Pendakwaan Terengganu telah membuat penelitian ke atas hasil siasatan yang dikemukakan dan memberi kebenaran untuk pertuduhan ke atas remaja yang berumur 14 tahun 11 bulan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kematian bayi yang dilahirkan itu.

“Pertuduhan itu dibuat berasaskan keterangan saksi-saksi dan dokumentasi serta keterangan pegawai forensik dan pengesahan pakar patologi bahawa bayi yang mati itu berumur antara 38 hingga 40 minggu dengan berat 2.49 kilogram semasa dilahirkan dengan tali pusat telah dipotong dengan benda tajam dan terdapat kecederaan lain termasuk satu tikaman pada bahagian badan bayi tersebut,” jelasnya.

Dalam laporan polis yang dibuat seorang pegawai perubatan kira-kira pukul 9 pagi 8 Februari lalu dia memaklumkan ketika sedang bertugas di Klinik Kesihatan Seri Bandi, Kemaman, Terengganu didatangi seorang individu dipercayai rakan remaja yang memaklumkan staf di kaunter mengenai satu kes bersalin di rumah.

Kira-kira 10 minit kemudian, pengadu bersama pasukannya ke lokasi dan terlihat remaja itu sedang memegang bayi berhampiran sinki dapur dan mendapati tali pusat bayi telah dipotong dengan menggunakan benda tajam.

Pada Selasa lalu, remaja perempuan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman Terengganu atas tuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya, minggu lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Awani-

 

Tags: kes bayi ditikammahkamah majistretremaja 15 tahun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MUDA Tuntut Tiga Kerusi ‘Boleh Menang’ PKR

Next Post

PRN Johor: PN Muktamadkan Senarai Calonnya Hari Ini – Muhyiddin

Related Posts

Pengarah, Penerbit Mentega Terbang Cabar Perintah Larangan Mahkamah Majistret

Pengarah, Penerbit Mentega Terbang Cabar Perintah Larangan Mahkamah Majistret

19/01/2024
0

Kuala Lumpur : Pengarah dan penerbit filem kontroversi, Mentega Terbang memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam bagi...

Mahkamah Majistret Tolak Permohonan Reman Terhadap Ustaz Husam

Mahkamah Majistret Tolak Permohonan Reman Terhadap Ustaz Husam

22/06/2023
0

Kangar : Mahkamah Majistret Kangar hari ini, menolak permohonan reman daripada polis terhadap pendakwah bebas terkenal, Ahmad Husam Ahmad Baderudin...

Next Post

PRN Johor: PN Muktamadkan Senarai Calonnya Hari Ini - Muhyiddin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd