• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Parti Lawan Tidak Kisah Johor, Hanya Mahu Sekat Kebangkitan BN

oleh Mohd Arshad
07/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Biarlah parti lain mahu bergabung seberapa banyak sekali pun, Barisan Nasional (BN) akan tetap ‘ready’, dan ‘steady,’ tegas Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, beliau ibaratkan parti lawan sebagai hanya mahu menewaskan UMNO dan BN, biarpun mereka bermusuhan dan berbeza ideologi politik.

Dakwa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, parti-parti berkenaan tidak kisah dengan keadaan caca-marba Johor, sebaliknya hanya mahu menyekat kebangkitan BN.

“BN pula tetap BN yang satu iaitu menyertai pilihan raya untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan makmur buat orang Johor. Persekongkolan mereka andai terjadi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana 96 peratus berasal daripada DNA dan kluster yang sama.

“DNA memfitnah, menghasut, menipu, membohongi dan memperdayakan rakyat demi merebut kuasa semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Tiga peratus daripada kluster katak dan satu peratus lagi kelompok yang masih keliru tentang agenda perjuangan politik mereka akibat pengaruh rakan baharu,” katanya menerusi muat naik di akaun Facebook.

Ahmad Zahid berkata, rakyat Johor diyakini dapat menilai maknawi ‘jajaran baharu’ berhipokrasi tahap tertinggi, yang sanggup diusahakan mereka demi menghalang BN dan merebut kuasa.

Beliau berkata, pihak lawan UMNO dan BN tidak pernah jujur dan ikhlas untuk mentadbir Johor dengan baik, sebaliknya hanya melebihkan kuasa daripada tanggungjawab.

“Semoga Bangsa Johor tidak terpedaya sekali lagi dan berpadu mengembalikan kerajaan dominan kerajaan BN untuk sebuah kemajuan dan kesejahteraan yang mutlak,” katanya lagi.

-Awani

Tags: Ahmad Zahid HamidiBNPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Kerana Terlalu Angkuh Untuk Mengakui Sumbangan BN? – Jie Sen

Adakah Kerana Terlalu Angkuh Untuk Mengakui Sumbangan BN? – Jie Sen

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MCA Selangor, Tan Jie Sen menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook supaya memberi tumpuan...

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

13/04/2026
0

TERFIKIR sesuatu bila melihat keadaan negara sekarang. Tapi kena tanggalkan ‘kaca mata politik’ dulu, barulah nampak jelas siapa buat kerja,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd