• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Kecualikan Guru-guru Terlibat SPM Jadi Petugas – Radzi Jidin

oleh AK-47
18/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan sekali lagi memohon pertimbangan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar guru-guru yang terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikecualikan dari menjadi petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin menegaskan SPM kali ini adalah peperiksaan yang genting buat semua calon yang terlibat memandangkan pelajar sudah dua tahun tidak mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

“SPM kali ini perlu berjalan dengan cukup teratur dan sebab itu kita kata kita akan memohon sekali lagi kepada SPR supaya guru yang menjadi pengawas peperiksaan, petugas peperiksaan dan juga pemarkah peperiksaan dikecualikan sebagai petugas PRN.

“Anak-anak yang ambil kali ini merupakan anak-anak yang paling terkesan. Kita kena ingat, anak-anak tak pergi sekolah dah dua tahun,” katanya kepada pemberita di Putrajaya petang tadi.

Jelasnya, KPM akan memastikan setiap proses dan sesi peperiksaan SPM kali ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang bentuk gangguan.

Katanya, ini termasuklah guru-guru melibatkan diri dalam PRN Johor yang dijadualkan akan berlangsung tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Radzi berkata KPM tidak dapat memastikan jumlah sebenar guru-guru yang dilantik menjadi petugas SPR dalam PRN Johor itu nanti.

Awani-

Tags: KPMPRN JohorSPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Stabil Rakyat Selamat

Next Post

COVID-19: 1,258 Pelajar Positif, 11 Sekolah Di Melaka Diarah Tutup

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post

COVID-19: 1,258 Pelajar Positif, 11 Sekolah Di Melaka Diarah Tutup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd