• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: DAP Umum Calon Bentayan Dan Pekan Nenas, 3 Lagi Kerusi Masih Teka-teki

oleh Mohd Arshad
19/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengumumkan dua lagi calon dari parti itu yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan dan Pekan Nenas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Menurut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, kedua-dua calon itu dipersetujui sebulat suara oleh pimpinan parti pusat dan negeri.

“Hari ini saya ingin umumkan dua calon untuk DUN Bentayan dan Pekan Nenas. Seperti saya umumkan tadi semua pemimpin dan ahli telah buat keputusan untuk bersama dengan parti, menjayakan usaha kita menangkan calon yang telah dipilih parti.

“Saya percaya dengan niat bersama ini, dengan semangat perpaduan parti akan memberikan peluang lebih besar untuk kita mengekalkan misi bertanding dan capai kemenangan. Saya ingin umumkan calon Bentayan ialah saudara Ng Yak Howe dan calon Pekan Nenas ialah saudara Yeo Tun Siong,” jelasnya dalam sidang media pada Sabtu.

Pengumuman itu menjawab teka-teki dua daripada lima kerusi yang belum diumumkan parti tersebut.

Tambah Guan Eng, pengumuman baki tiga lagi kerusi itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kalau nak umumkan mengenai pencalonan Liew Chin Tong, bukan hari ini, kita akan tetapkan hari yang sesuai.

“Hari ini (ialah) tentang kita semua terus mendalami wawasan parti memenangkan parti dan menyokong calon yang ditetapkan parti.

Itulah semangat semua ahli dan pemimpin di peringkat negeri,” jelasnya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dikhabarkan akan membuat kemunculan bagi kerusi DUN Perling dalam PRN kali ini.

Bagaimanapun, persoalan itu hanya akan terjawab apabila pengumuman rasmi dibuat parti itu.

Dalam sidang media sama, Guan Eng turut menyatakan penghargaan kepada Tan Hong Ping (Skudai) dan Cheo Yew How (Perling) atas semangat yang diberikan kepada parti.

Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya, sama ada dua pemimpin itu akan dipilih bagi tiga lagi kerusi yang belum diumumkan, atau sebaliknya.

“Saya juga ingin ucapkan penghargaan kepada saudara Tan Hong Ping dan Cheo Yew How atas semangat diberikan kepada parti dan juga percaya mereka sama-sama (akan) menjayakan semua calon dipilih parti dalam PRN Johor.

“Marilah kita bersama menjayakan calon DAP, Pakatan Harapan supaya kita boleh buat satu perubahan bermakna bukan sahaja untuk anak muda kita, tapi untuk masa depan Johor dan Malaysia,” jelas Guan Eng lagi.

Sebelum ini DAP telah diperuntukkan oleh Pakatan Harapan 16 daripada keseluruhan 56 kerusi, tetapi telah bersetuju untuk menyerahkan dua kerusi iaitu Machap dan Bukit Permai kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Awani-

Tags: DAPDUNLim Guan EngPRN Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mengapa Parti Warisan Sabah Sertai PRN Johor?

Next Post

16,395 Kanak-kanak Di Kedah Sudah Divaksin

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

16,395 Kanak-kanak Di Kedah Sudah Divaksin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd