• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: BN Sasar Menang 38 DUN

oleh AK-47
27/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER HITAM : Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keadaan kerapuhan kerajaan seperti mana yang berlaku sebelum ini menyebabkan Menteri Besar Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sukar untuk membuat keputusan bagi membangunkan negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, pilihan raya negeri ini tidak dilaksanakan untuk menyusahkan rakyat, tetapi semata-mata mahu mahu rakyat memberikan mandat semula kepada UMNO dan BN.

“Mandat baharu penting kerana kita mahu kerajaan Johor yang stabil, tetapi untuk mewujdkan kerajaan stabil perlu menang dulu.

“Namun, kestabilan tidak cukup dengan sekadar jumlah minima, ia mesti tak kurang 38 DUN harus dimenangi bagi memeperoleh suara dua per tiga,” katanya dalam ucapan di program Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Ayer Hitam, di sini.

Menurut beliau, pelbagai perubahan dan transformasi yang dilaksanakan Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad biarpun BN mentadbir dalam tempoh yang singkat dengan sokongan DUN serta situasi kewangan yang terhad.

Katanya, situasi itu berbeza ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini sama ada kerajaan negeri atau pusat apabila rakyat lebih merasakan dizalimi.

“Rakyat mengeluh ketika PH memerintah Johor, mereka yang memerintah Putarajaya ketika itu juga bukan mengutamakan kemajuan, tetapi balas dendam pada tokoh-tokoh tertentu dan melakukan pemotongan belanjawan kerana Menteri Kewangan ketika itu (Lim Guan Eng) balas dendam kepada individu di kawasan Parlimen dan DUN yang sudah diluluskan belanjawan mereka sebelum ini.

“Begitu juga keadan di Johor, rakyat rasa dizalimi apabila parti itu memerintah, tetapi kena ingat (doa) orang dizalimi tidak ada hijab, maka ketika itu bukan sahaja di Putrajaya, tetapi di Johor juga kerajaan bertukar,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: BNDUNPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kerana...

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd