• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Kejadian Cubaan Culik Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Polis Negeri Sembilan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian cubaan menculik kanak-kanak di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Muhammad Izzudin Runggai berkata, pihaknya menafikan kejadian itu ekoran tular satu rakaman video yang dimuat naik laman Facebook menggunakan nama ‘Negeri Sembilan’.

“Kami sudah membuat semakan dan mendapati tiada apa-apa laporan kejadian seumpama itu berlaku di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

“Jadi, kami percaya kejadian yang tular itu, jika ada, bukan berlaku di negeri ini,” katanya dihubungi hari ini.

Sejak semalam, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian cubaan culik oleh dua lelaki bertopi keledar dan membonceng sebuah motosikal.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, seorang daripada lelaki terbabit berpura-pura bertanyakan arah manakala seorang lagi menunggu di motosikal sambil memerhatikan sekeliling.

Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada kes itu memang benar-benar berlaku di negeri ini atau lokasi lain memandangkan tiada lokasi disertakan.

Justeru, Muhammad Izzudin menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memuatnaik hantaran di laman sosial terutamanya yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihati membuat laporan terus kepada polis jika mempunyai maklumat berkaitan kes jenayah,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Cubaan CuliknafipolisPusat Jagaan Kanak-Kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lembaga Peperikaaan Nafi Dakwaan Kebocoran Soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2026

Lembaga Peperikaaan Nafi Dakwaan Kebocoran Soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2026

03/11/2026
0

PUTRAJAYA - Lembaga Peperiksaan (LP) menafikan dakwaan berlaku kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

24/10/2026
0

SEREMBAN - Persatuan Bekas Murid St. Paul, Seremban (OPA) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pengawas sekolah terbabit mengendalikan atau menghidangkan minuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd