• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Tawar Pelan Pembangunan Ekonomi Majukan Lagi Johor

oleh AK-47
18/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) menawarkan pelan pembangunan ekonomi Johor bagi tempoh 10 tahun sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi jaminan bahawa pengalamannya yang luas dalam memimpin negara serta pernah menjadi menteri besar Johor dapat membantu negeri ini.

“Ya, kita akan merangka pelan, mungkin 10 tahun ke hadapan, daripada sekarang ke 10 tahun, bagaimana Johor boleh melonjak dalam semua sektor ekonomi,” katanya ketika soal jawab dan bersarapan bersama kira-kira 50 wakil pertubuhan bukan kerajaan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai strategi dan bentuk transformasi ekonomi yang akan dibawa oleh PN, di bawah pimpinannya, di Johor.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini menawarkan diri menjadi penasihat ekonomi Johor sekiranya PN menang dalam PRN tersebut.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, satu pasukan yang akan dibentuk daripada kalangan pakar akan merangka pelan ekonomi baharu Johor.

Beliau juga akan mengarahkan menteri dalam sektor ekonomi berkaitan untuk turun memberi penerangan.

“Ini (pelan) akan mencakupi semua bidang perniagaan, peruncitan, pelancongan pertanian dan lain-lain.

“Johor ada potensi-potensi yang cukup baik…seperti pelancongan. Tapi apakah langkah lain yang kita buat, supaya pelancong akan datang ke Johor dan berbelanja besar misalnya. Itu penting untuk kita lihat,” katanya.

Beliau berkata menerusi pelan itu juga, PN akan turut meneliti pendapatan per kapita rakyat terutama dengan pandemik yang telah menyebabkan kedudukan ekonomi segelintir besar masyarakat terjejas teruk.

“Usaha kita supaya ada peningkatan dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Ini akan memerlukan banyak perkara untuk kita lihat.

“Antara lain, kita juga nak lihat sebahagian besar anak kita yang sudah keluar daripada sistem pendidikan boleh dapat kerja,” katanya yang juga Presiden Bersatu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada 26 Feb ini manakala pengundian awal pada 8 Mac dan hari mengundi pada 12 Mac.

-Awani

Tags: JohorPelan Pembangunan EkonomiPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd