Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Dadah: 2 Warga Emas...

GUA MUSANG – Sepasang suami isteri warga emas antara enam orang yang diberkas...

Vaksinasi Trak Bergerak Di...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan projek perintis trak bergerak vaksinasi COVID-19 di beberapa...

Pelan Damai AS Sekadar...

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan pelan damai 'perjanjian abad ini' yang...

Lebih 800 Ahli Bersatu...

KANGAR : Lebih 800 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cawangan Kampung Hujung...

PN Mohon Longgarkan SOP Kempen

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) melonggarkan lagi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan membenarkan aktiviti ceramah diadakan di tempat yang lebih besar.

Timbalan Ketua Wanita PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata ini berikutan hanya aktiviti kempen di bilik gerakan dibenarkan setakat ini dengan jumlah kehadiran tidak melebihi 100 orang.

Justeru, beliau yang juga Naib Ketua Srikandi BERSATU, berharap MKN bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula permohonan itu, meski pun kaedah berkempen di PRN Johor lebih baik dan terbuka berbanding PRN Melaka, November tahun lalu.

“Saya harap jika dapat diberikan kelonggaran dengan program ceramah tidak hanya terhad di bilik gerakan, sebaliknya diberi kebenaran untuk mengadakannya di dewan atau kawasan yang lebih luas supaya penjarakan fizikal dapat dilaksanakan.

“Tidak semua bilik gerakan yang mempunyai kawasan luas kerana kebanyakannya dibina di kawasan tapak yang terhad, sekali gus menyukarkan aktiviti ceramah diadakan di situ,” katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan sumbangan Pejabat Parlimen Masjid Tanah, di Kampung Durian Daun, di sini hari ini.

Semalam, MKN menetapkan penganjuran ceramah, syarahan atau kempen di PRN Johor dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang.

Pada masa sama, SOP di PRN Johor yang disediakan SPR itu, turut menetapkan penganjur perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan setiap aktiviti hanya dibenarkan selama dua jam dan tidak melebihi jam 10 malam.


Bagaimanapun, penganjuran di premis terbuka atau tempat umum tidak dibenarkan.

Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, berkata sejumlah RM3.6 juta diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan bagi membaik pulih kerosakan beberapa sekolah dalam Parlimen Masjid Tanah.

Beliau berkata, selain membaiki kerosakan kecil, peruntukan yang sudah diterima sejak akhir tahun lalu itu juga digunakan untuk membina beberapa dewan sekolah dalam Parlimen berkenaan.

Antara sekolah yang menerima manfaat itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Brisu, SK Hang Kasturi, SK Ramuan Cina Besar, SK Bukit Beringin serta beberapa lagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dalam Parlimen berkenaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori