• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Belum Tentukan Calon MB Johor – Anwar

oleh AK-47
05/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan setakat ini masih belum membuat perbincangan rasmi siapa calon Menteri Besar Johor.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun berkata, sekiranya calon itu dirasakan layak tiada masalah untuk individu itu diketengahkan.

Presiden PKR itu berkata, pihaknya juga bersedia untuk memberi pertimbangan berkaitan soal berkenaan.

“Setakat ini, PH belum ada perbincangan, namun kita tidak menolak kemungkinan mana-mana calon yang boleh diketengahkan dan saya juga bersedia memberi pertimbangan,” katanya mengulas mengenai ura-ura Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik sebagai calon yang sesuai Menteri Besar Johor.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelancaran Jentera Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor di sebuah hotel di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ketua AMK Johor, R Yuneswaran.

Anwar berkata, pihaknya juga masih berunding dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengenai pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, pihaknya menjangka akan mengumumkan sebahagian calon pada awal minggu depan selepas perbincangan itu diadakan.

“Kita tidak menolak kemungkinan calon yang dipilih adalah penduduk Johor atau memiliki keluarga di negeri ini serta mengekalkan sebahagian calon lama.

“Kita perlu fikir pelbagai aspek, termasuk kekuatan calon dan soal menang, selain sedia memberi peluang kepada calon pilihan AMK, namun harus mendapat pandangan Majlis Pimpinan Negeri Johor di bawah pimpinan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh,” katanya.

Anwar berkata, mengenai manifesto pihaknya menyerahkan kepada peringkat negeri bagi menentukannya.

“Kita janji perlu realistik iaitu sesuatu yang kita yakin dan mampu laksanakan. Tumpuan utama adalah membela hak dan menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

BHonline-

Tags: Anwar IbrahimMB JohorPHPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd