Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Reman Cucu Penggal Kepala...

JOHOR BAHRU - Reman terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang...

Kanak-Kanak ‘Termakan’ Dadah Pulih...

KUALA KRAI : Kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) yang kritikal akibat ‘termakan’...

Seludup 18.7 Kilogram Dadah...

KUALA TERENGGANU : Polis mengesan taktik baharu penyeludupan dadah ke negara ini melalui...

Harga RON97 Naik 2...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter, manakala harga...

Pendedahan Leissner Perkuat Hujah Najib Kemuka Bukti Baharu

 

Pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner yang merupakan saksi kes 1MDB di Amerika Syarikat (AS) memaklumkan mahkamah di New York bahawa dia diberitahu oleh bekas pekerja bawahannya bahawa suami Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) ketika itu, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz telah dirasuah.

Rasuah berkenaan menurut pemahaman Leissner membolehkan 1MDB memindahkan AS$1 bilion ke luar negara pada 2009 untuk apa yang dikatakan sebagai usahasama PetroSaudi-1MDB.

Pendedahan itu sekaligus menimbulkan kekecohan di Malaysia kerana selama ini isu berkaitan pemindahan wang ke luar negara untuk projek PetroSaudi-1MDB dihalakan oleh kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan 17 bulan Perikatan Nasional (PN) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila BNM yang tidak lagi diketuai oleh Zeti dalam satu kenyataan media semalam mengakui BNM telah memberikan makiumat kepada agensi penguatkuasaan undang undang pada Apri 2016 berhubung maklumat yang diterima daripada unit perisikan kewangan (financial inteligence units, FIU) asing berkaitan dengan akaun milk suami kepada mantan Gabenor.

Berdasarkan catatan Wikipedia Zeti menyandang jawatan Gabenor BNM dari 1 Mei 2000 iaitu semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Ke-4 sebelum menamatkan perkhidmatannya di BNM pada 28 April 2016.

Najib dalam reaksi segeranya berkata, beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri tidak pernah dimaklumkan oleh BNM atau mana-mana agensi kerajaan berkenaan maklumat tersebut.

Kenyataan Najib berasas kerana jika beliau tahu mengenai perkara itu pasti ia telah diangkat sebagai bukti penting beliau dalam pendakwaan mahkamah yang dikenakan keatasnya oleh kerajaan PH pimpinan Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir sejurus kes terhadapnya bermula.

Pasti Najib telah bertindak terhadap Zeti jika beliau mengetahuinya semasa masih Perdana Menteri.


Zeti juga diketahui umum berada dalam kem Tun Mahathir yang diangkat sebagai anggota “council of elders” bersama-sama Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Robert dan Datuk A Kadir oleh Tun Mahathir sejurus Najib berjaya ditumbangkan pada PRU-14.

Namun jangan lupa Najib pernah meminta mendapatkan dokumen berkaitan syarikat yang didakwa dikuasai keluarga Zeti dan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho bagi perbicaraan 1MDB selepas mengetahuinya, namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah pada 12 Julai 2021.

Sequerah berpandangan permohonan mendapatkan dokumen berkenaan bersifat pramatang dan dokumen yang diminta Najib bagi mempersoalkan kredibiliti Zeti sebagai bekas Gabenor BNM menjurus kepada “serangan sampingan”.

Pada 2 Disember 2021 Najib melalui peguamnya memfailkan pula permohonan untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu yang dikatakan boleh mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.

Bukti baharu itu antaranya membabitkan penglibatan Zeti bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1MDB dan anak syarikatnya SRC International.

Permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbang dalam rayuan kes beliau turut ditolak.

Selepas beberapa kali ditolak dengan hujah ia tidak perlu, pendedahan oleh Leissner yang berlaku di mahkamah di New York mungkin memberi suatu harapan baharu untuk Najib dalam memperkuatkan hasratnya mengemukakan bukti baharu tersebut.

Dan rumusan lebih utama adalah dua nama penting yang cuba ditepis dalam isu 1MDB iaitu Zeti dan Tun Mahathir akhirnya terkait juga selepas nama Zeti dibangkitkan saksi di mahkamah di New York.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori