• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBM Selangor Sedia Jalani Ujian RBTag

oleh AK-47
12/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Bangsa Malaysia (PBM) Selangor menjadi pihak terbaharu yang menyatakan kesediaan untuk memastikan kepimpinan dan ahlinya menjalani ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag).

Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan berkata, kesediaan kepimpinan PBM Selangor itu menjadikan mereka sebagai parti politik ketiga selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang sedia melaksanakan ujian tersebut terhadap kepimpinan atau calon pilihan raya parti.

“Pada masa sama, kami juga menghubungi (jemputan menjalani ujian RBTag) kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen,” katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha berkata, langkah tersebut akan dimulakan di Selangor terlebih dahulu sebelum dipertimbang dilaksanakan terhadap kepimpinan parti di seluruh negara

Beliau yang juga ADUN Lembah Jaya berkata, selain mampu meningkatkan integriti calon, ujian tersebut juga dilihat boleh memperbaiki diri pemimpin menjadi lebih baik.

Pada masa sama, Haniza memaklumkan partinya masih belum membuat sebarang ketetapan untuk mewajibkan calon PBM yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk mengambil ujian tersebut.

Majlis Tertinggi PBM pada Khamis memutuskan untuk meletakkan calon bertanding di dua kerusi PRN Johor yang akan diadakan pada 12 Mac nanti.

Sementara itu, Felo Penasihat Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) yang juga Pengarah Projek RBTag, Datuk Rosmadi Ghazali berkata, pihaknya akan melaksanakan minimum sebanyak tiga lagi sesi ujian RBTag menjelang PRN Johor.

Katanya, dua sesi tersebut akan diadakan di Johor manakala satu lagi di Shah Alam, Selangor.

“Kita tetapkan minimum 20 orang untuk satu sesi. Kalau jumlahnya ramai, kita akan pertimbangkan untuk besarkan lagi kapasiti atau tambahkan lagi sesi,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: PBM SelangorUjian RBTag
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Maut Kenderaan 4×4 Rempuh Lori Roti, Lebuhraya PLUS Sesak 8km

Next Post

Doktor Kontrak Harap Jawatan Tetap Disertakan Caruman KWSP

Related Posts

No Content Available
Next Post

Doktor Kontrak Harap Jawatan Tetap Disertakan Caruman KWSP

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd