• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Maut Kenderaan 4×4 Rempuh Lori Roti, Lebuhraya PLUS Sesak 8km

oleh Mohd Arshad
12/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH : Seorang pemandu maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4×4) merempuh belakang lori roti di Kilometer 312.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini, malam tadi.

Lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 10.48 malam.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Kenderaan pacuan empat roda itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang lori tersebut, menyebabkan pemandunya tersepit.

Menurut jurucakap itu lagi, pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Zulkifli Hamad dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah, tamat kira-kira jam 12 tengah malam.

Sementara itu, menurut Twitter plusline, kemalangan telah menyebabkan lorong kanan dan kiri terhalang.

Ia sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih lapan kilometer.

-Awani

Tags: kemalanganLebuhraya PLUSmeragut nyawaPLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Tepi Jalan Dirempuh, Suspek Dipercayai Pandu CR-V Hitam Larikan Diri

Peniaga Tepi Jalan Dirempuh, Suspek Dipercayai Pandu CR-V Hitam Larikan Diri

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suasana pagi di Taman Sungai Besi Indah bertukar cemas apabila seorang peniaga tepi jalan dirempuh sebuah kenderaan...

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar – Polis

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar – Polis

13/04/2026
0

KOTA BHARU – Tersalah tekan pedal minyak dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut dirempuh sebuah kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd