• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Muhammad Zawawi Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Yang Baharu

oleh Mohd Arshad
22/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU : Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang baharu bagi menggantikan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, pelantikan Nik Muhammad Zawawi itu diluluskan dalam mesyuarat majlis tersebut malam kelmarin.

Katanya, pemilihan Ahli Parlimen Pasir Puteh itu juga sangat bertepatan memandangkan beliau juga merupakan ahli Majlis Syura Ulama.

“Ya (Nik Muhammad Zawawi) dilantik Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang baharu dan telah diluluskan dalam mesyuarat Syura malam kelmarin. Diharapkan Nik Muhammad Zawawi dapat menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha dan Ahli Majlis Syura Ulama Pas.

Mohd. Khairuddin dilaporkan berkata, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha Majlis Syura Pas dibuat mengikut peruntukan perlembagaan parti di bawah Fasal 8(7).

Dalam hantaran Facebooknya, bekas penyandang itu mengucapkan tahniah atas pelantikan Nik Muhammad Zawawi memegang jawatan itu.

Sebelum ini, media melaporkan, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu sekali lagi kehilangan jawatan tertinggi Pas apabila parti memutuskan memecatnya sebagai Setiausaha majlis tersebut

Pemecatan itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau disingkirkan daripada jawatan AJK Pas pada 12 Januari lalu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat susulan isu-isu disiplin melibatkan pemimpin berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Hashim memberitahu, mesyuarat Majlis Syura Ulama kelmarin juga memutuskan senarai kelayakan 12 calon Pas yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

“Calon-calon Pas yang bakal diketengahkan itu terdiri daripada kalangan profesional, bidang agama, ahli perniagaan dan pelbagai lagi. Kita ketengahkan calon yang terbaik dan berkelayakan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Nik Muhammad ZawawiPASSetiausaha Majlis Syura Ulama Pas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mencadangkan formula perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO sebagai langkah merealisasikan penyatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd