• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dilarang Keluarkan Wang Lebih RM100,000 Sebulan

oleh AK-47
09/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya untuk membekukan aset Najib Razak atau ejennya berkaitan tuntutan syarikat itu terhadap AS$681 juta yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri itu.

Permohonan ex-parte yang diberikan pesuruhjaya kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad semalam hanya membenarkan Najib mengeluarkan tidak lebih RM100,000 sebulan daripada akaun banknya untuk perbelanjaan, menurut laporan The Edge.

Injunksi Mareva adalah perintah pembekuan atau perlindungan aset yang menghalang defendan atau responden daripada mengalihkan asetnya, yang mungkin termasuk wang dalam bank atau institusi kewangan, ketika proses perundangan sedang berjalan.

Perintah tersebut hanya untuk Najib walaupun saman 1MDB tersebut turut menamakan bekas pengarah dan ahli lembaga penasihat yang lain.

Najib perlu membuat permohonan kepada peguam cara 1MDB jika dia perlu mengeluarkan wang lebih daripada RM100,000 sebulan, seperti yang dinyatakan mahkamah.

Antara sebab 1MDB dan subsidiarinya membuat permohonan tersebut adalah berikutan sabitan terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Mahkamah menetapkan 21 Februari ini bagi mendengar hujah pihak Najib jika dia memutuskan untuk mengetepikan injunksi itu.

Permohonan Injunksi dibuat oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Ltd (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investment Ltd atau 1MDBGIL), serta tiga lagi unitnya menerusi firma guaman Messrs Skrine.

Sebelum ini, 1MDB dan bekas subsidiarinya, SRC International Sdn Bhd memfailkan saman RM23 bilion terhadap Najib dan beberapa lagi yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan syarikat itu.

Pada Julai 2020, Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan itu. Kes itu akan didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.

-Malaysia Kini

Tags: najibWang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub ISU binaan haram semakin panas. Bukan sekadar debat di media sosial, tetapi sudah sampai tahap dua individu diserang...

‘Mereka Tidak Mahu Najib Razak Disekat Dengan Had Tempoh PM 10 Tahun’

‘Mereka Tidak Mahu Najib Razak Disekat Dengan Had Tempoh PM 10 Tahun’

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang bekas pemimpin DAP mendakwa usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri di Parlimen semalam sengaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd