• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MUDA Bertanding 6 Kerusi Di PRN Johor

oleh Mohd Arshad
09/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) diperuntukkan enam kerusi, hasil rundingan bersama antara parti itu, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP Johor.

Dalam kenyataan bersama antara AMANAH, DAP dan MUDA, keputusan itu berjaya dicapai selepas beberapa siri rundingan untuk pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Selepas beberapa siri mesyuarat dan perbincangan pelbagai hala dilakukan, keputusan rundingan rasmi antara semua parti ini sebulat suara dimuktamadkan bagi pengagihan kerusi untuk MUDA.

“Kesepakatan antara tiga parti membawa keputusan muktamad iaitu MUDA diperuntukkan enam kerusi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sebelum ini, MUDA dilaporkan perlu mengemukakan dulu senarai 10 kerusi akan ditandingi pada PRN Johor, sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dulu selepas menerima senarai berkenaan daripada MUDA.

Sementara itu, kenyataan bersama itu turut memaklumkan rundingan antara MUDA dan PKR sedang diteruskan demi kesepaduan menghadapi PRN Johor.

“Rundingan rasmi yang berakhir petang ini (semalam) juga bersetuju dengan tiga matlamat utama terutama dalam memastikan tidak ada pertindihan kerusi antara calon AMANAH, DAP dan MUDA di setiap kawasan.

“Ketiga-tiga parti juga akan menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera untuk memenangi setiap calon, selain bersama-sama menubuhkan Kerajaan Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka,” kata kenyataan itu.

BHonline-

Tags: AmanahmudaPHPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd