Secara ilmiah, data dan sains, Barisan Nasional (BN) berada di kedudukan ‘selesa’ untuk mendominasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ini berdasarkan ilmu kekencingan tahap 50,000 hp dimiliki Pakatan Harapan (PH) bukan lagi rahsia dan telah pun diketahui rakyat.
Begitu juga ilmu putaran alam tahap dewa parti gabungan Perikatan Nasional (PN) yang semakin terdedah apabila berada di puncak kuasa.
Namun istilah ‘selesa’ itulah yang boleh menjadi duri dalam daging, musuh dalam selimut, ditelan pahit hendak ku buang terasa sayang buat BN.
Keselesaan menyebabkan jentera BN masih kurang bergerak aktif di Johor meskipun keberlangsungan PRN Johor kian hampir.
Sedangkan PH dan PN dengan saki baki ilmu masih dimiliki bergiat cargas berusaha menghasut minda dan fikiran rakyat Johor ketika ini.
Meskipun tarikh untuk berkempen belum bermula, PN telah pun ke sana ke sini mengadakan ‘ceramah’ politik di sekitar Johor menghentam BN.
PH pula sedang ghairah bergerak dengan pelbagai taktik untuk meraih undi golongan muda Johor termasuk mempergunakan artis, pemuzik.
Begitu juga menggerakkan strategi yang sudah lama dipendam iaitu parti MUDA yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
BN jangan tersilap langkah berasa selesa ya amat kerana PH dan PN secara sulit sedang bersinergi untuk memastikan BN tidak menang.
Satu lagi BN perlu khuatir adalah pengumuman kes Covid-19 varian Omicron tiba-tiba melonjak tinggi menjelang PRN Johor.
Seperti dikatakan Menteri Kesihatan ramai warga emas belum mengambil suntikan dos tiga. Majoriti golongan ini merupakan penyokong BN.
Perkembangan semasa kes Covid-19 berkemungkinan menyebabkan sebilangan pengundi lama di Johor ini takut untuk keluar mengundi.
Mungkin juga anak-anak muda tidak akan membenarkan ibu bapa mereka yang sudah berusia keluar mengundi kerana bimbangkan risiko jangkitan.
Jentera BN perlu bertindak pantas dari sekarang untuk berdepan dengan pelbagai strategi, taktikal dan isu yang timbul menjelang PRN Johor ini.
Benar PRN Johor “is nothing” sebab ia tidak akan mengubah Kerajaan Malaysia, tetapi ia adalah “everything” tentang masa depan negara ini.
Mynewshub-

