• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terima Ubat Antiviral COVID-19 Pada April Atau Mei Ini

oleh Mohd Arshad
22/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menerima ubat antiviral COVID-19 pada bulan April atau Mei tahun ini untuk membantu negara memerangi pandemik itu.

Menurut Timbalan Ketua Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali, garis panduan telah dirangka bagi pemberian ubat antiviral COVID-19 di fasiliti kerajaan.

“Pemberian ubat antiviral COVID-19 ini adalah berdasarkan kepada ‘system scoring’ atau pemarkahan risiko iaitu jika mereka mempunyai risiko lebih daripada kategori 3, mereka akan diberikan ubat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Astro AWANI dalam Program AWANI Pagi bertajuk “Ibu hamil dan dos penggalak”, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Wan Ahmad Hazim yang juga Pakar Perunding Kanan, Ketua Jabatan O&G Hospital Putrajaya berkata, bagi ibu hamil atau menyusukan anak, ubat antiviral COVID-19 ini tidak dibenarkan dan tidak akan diberikan kepada mereka.

“Oleh yang demikian untuk ibu hamil, vaksin COVID-19 adalah satu-satunya cara untuk mereka menghadapi pandemik COVID-19 dan memastikan kelahiran anak mereka berakhir dengan kegembiraan untuk setiap pasangan,” katanya.

Pada 3 Februari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, KKM sedang melakukan perolehan bagi mendapatkan ubat antiviral Paxlovid untuk kegunaan di Malaysia, khususnya golongan berisiko, rentan dan mempunyai komorbiditi.

-Awani

Tags: Covid-19Ubat Antiviral COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan Migran

Next Post

Hishammuddin Disahkan Positif COVID-19

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Hishammuddin Disahkan Positif COVID-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd