• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Keselamatan Ukraine Lulus Pelan Isytihar Darurat

oleh Mohd Arshad
23/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIEV: Majlis Keselamatan Ukraine telah meluluskan rancangan untuk mengisytiharkan darurat negara sebagai tindak balas kepada ancaman pencerobohan Rusia yang semakin meningkat.

Langkah itu, yang mesti diluluskan secara rasmi oleh parlimen, akan membabitkan pemeriksaan dokumen berkaitan yang dipertingkatkan dan pemeriksaan kenderaan, kata setiausaha majlis itu Oleksiy Danilov pada Rabu.

Danilov berkata bahawa keadaan darurat akan berlangsung selama 30 hari dan boleh dilanjutkan selama 30 hari lagi.

Setiap wilayah Ukraine akan dapat memilih langkah tertentu untuk digunakan, bergantung keperluan semasa.

Kuasa Barat telah mengumumkan pelbagai sekatan ke atas kepentingan Rusia.

Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap dua bank Rusia dan golongan elit negara itu selepas Moscow didakwa memulakan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menegaskan bahawa langkah itu hanya peringkat pertama sebagai tindak balas kepada Presiden Rusia Vladimir Putin.

Biden berkata bahawa lebih banyak sekatan akan menyusul jika Putin meluaskan cengkaman tentera Rusia melangkaui dua wilayah kecil di wilayah timur Donbas yang sudah pun berada di bawah kawalan pemisah yang disokong Rusia.

Kementerian Luar Ukraine menggesa semua rakyatnya meninggalkan Rusia, manakala tentera di Kiev juga mengumumkan telah memanggil semua anggota simpanan berumur 18 hingga 60 tahun, bagi tempoh maksimum setahun.

Masih belum jelas jika tentera Rusia telah menyeberangi sempadan ke Ukraine.

Bagaimanapun, imej satelit AS memaparkan beberapa penempatan tentera dan peralatan baharu di barat Rusia, dan lebih 100 kenderaan di lapangan terbang di Belarus berhampiran sempadan Ukraine.

Awani-

Tags: RusiaUkraineVladimir Putin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd