Sample Page Title

Setiap kali Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berbicara tentang bola sepak tidak pernah tidak kelakar.

Setiap kata-kata Menteri Besar Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu mengenai bola sepak Kedah cukup menghiburkan.

Kita tahu sebagai pemimpin parti politik perlu bersungguh-sungguh untuk menawan hati anak muda, tetapi biarlah bijak dan realistik.

Aku bukanlah pakar dalam sukan bola sepak, tetapi tidaklah tersangat lemah boleh mempercayai Kedah perlukan stadium baharu yang canggih jika mahu kalahkan JDT.

Menjadikan JDT sebagai alasan dan justikafisi untuk kerajaan PAS Kedah berbelanja RM70 juta bagi membina stadium baharu agak keterlaluan.

Sedangkan JDT bukanlah “undefeated” atau “overwhelming supreme”. JDT cumalah sebuah pasukan yang konsisten dalam falsafah dan hala tuju pengurusannya.

Alasan pembinaan stadium baharu untuk menyediakan infrastruktur yang lebih selesa kepada pemain dan penyokong bola sepak Kedah boleh diterima.

Alasan pembinaan stadium baharu untuk menyediakan fasiliti yang lebih baik dan canggih kepada pemain Kedah juga boleh diterima.

Jika alasan bina stadium baharu, pusat latihan dan kemudahan bola sepak moden untuk mengalahkan atau sekurang-kurangnya seri dengan JDT, maka disiplin ilmu sukan bola sepak sedia ada adalah silap.

Para pemilik, pengurus, jurulatih, pemain, pengadil bola sepak perlu balik memasuki kelas untuk mempelajari tentang pembinaan stadium bola sepak yang canggih dan moden.


Benar JDT membuat pelaburan besar untuk stadium dan fasiliti bola sepak, tetapi itu sahaja bukan penentu kejayaan berganda Harimau Selatan.

JDT berjaya kerana falsafah permainan yang diterapkan, pengurusan yang profesional, pemilihan barisan kejurulatihan dan pemain terbaik.

Sehinggakan kepakaran nutrisi turut dititikberatkan dan begitu juga penerapan disiplin yang amat tinggi dalam setiap sudut organisasi tersebut.

Seperti kata pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kejayaan JDT kerana sentiasa memberi tumpuan kepada kemajuan dan bergerak ke hadapan.

JDT jangan sesekali takut kepada perubahan kerana JDT adalah peneraju, bukan muzium (bahan pameran).

Sebenarnya rahsia kejayaan JDT muncul sebagai kuasa besar bola sepak yang mendominasi saingan domestik bukanlah rahsia besar.

Pernah disingkap menerusi siri dokumentari lima bahagian bertajuk ‘FEARLESS : Rise of the Johor Southern Tigers’ dan Muhammad Sanusi wajar menontonnya jika belum.

Mynewshub-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...