• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bakar Diri Dalam Kereta Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
17/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR : Seorang lelaki yang melecur 96 peratus selepas bertindak membakar diri dan keretanya dalam satu kejadian di Kampung Syed Omar, Bintong di sini, semalam dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew.

Katanya, mangsa, Chong Wee Seng, 28, sebelum itu berada dalam keadaan kritikal dan menerima bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia sebentar tadi,” katanya ringkas di sini hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki yang kecewa dengan teman wanitanya yang mempunyai kekasih baharu dipercayai bertindak membakar diri dan keretanya dalam satu kejadian di Kampung Syed Omar, Bintong di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa yang berusia 28 tahun itu juga dilaporkan melecur 96 peratus pada bahagian badannya.

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di atas jambatan Kampung Syed Omar dan mangsa merupakan seorang pemilik kedai aksesori kenderaan.

Mangsa juga merupakan seorang pesakit luar Jabatan Psikiatri HTF dan mempunyai rekod beberapa kali cubaan membunuh diri termasuk mengelar tangan pada Januari lalu dan meminum racun tikus sehari sebelum kejadian.

-Utusan Online

Tags: bakar diri sendirimeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siti Kasim Bertanding PRU-15 Di Bawah Gerak Independent

Next Post

Isu MARA: SPRM Sudah Lengkapkan Siasatan

Related Posts

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat Meninggal Dunia

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat Meninggal Dunia

11/07/2025
0

KUALA LANGAT: Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat, Rozana Kamarulzaman, 56, meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis pada jam...

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Next Post

Isu MARA: SPRM Sudah Lengkapkan Siasatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd