• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Perdana Menteri Ke Thailand Dijangka Bawa ‘Khabar Gembira’ – Duta

oleh Mohd Arshad
20/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK : Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand minggu ini dijangka membawa ‘khabar gembira’ mengenai pembukaan semula sempadan darat Thailand-Malaysia.

Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata lawatan tiga hari atas jemputan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha itu, adalah yang pertama sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri Ogos lepas.

Ini juga kunjungan pertama perdana menteri Malaysia ke negara itu sejak wabak COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu.

Jojie berkata antara agenda perbincangan semasa lawatan itu termasuk pembukaan semula sempadan darat, kerjasama dua hala serta meneroka peluang perdagangan dan pelaburan pasca COVID-19.

“Bakal ada berita baik (mengenai pembukaan semula sempadan darat). Sudah ada beberapa cadangan.

“Pegawai kanan dan jawatankuasa teknikal akan membincangkan butiran mengenai pembukaan semula,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis makan malam Tahun Baharu Cina Kelab Malaysia Thailand (KMT).

Jojie berkata turut akan dirundingan ialah mengenai pengiktirafan sijil vaksinasi dari kedua-dua negara.

Ismail Sabri dijadual mengadakan lawatan kerja ke Bangkok dari 24 hingga 26 Feb.

Minggu lepas, timbalan jurucakap Kementerian Luar Thailand, Natanu Nopakun berkata kerajaan merancang untuk membuka semula sempadan Thailand-Malaysia pada Mac bertujuan meningkatkan kedatangan pelancong, memandangkan pelancong Malaysia merupakan kumpulan terbesar pelawat ke Thailand sebelum pandemik COVID-19.

Beliau berkata Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan Pusat Operasi Kecemasan Pelancongan (EOC) telah diarah merangka dan menggariskan langkah mitigasi pandemik untuk pembukaan semula wilayah sempadan selatan di pusat pemeriksaan Songkhla, Narathiwat, Yala dan Satun.

Sebelum pandemik, Thailand merekodkan hampir 40 juta pelawat termasuk 4.1 juta pelancong Malaysia pada 2019.

Mengenai Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina KMT, presiden KMT Datuk Bobby Tai berkata ia adalah untuk memberi peluang rakyat Malaysia merasai menyambut perayaan seperti berada negara asal terutamanya mereka yang tidak dapat pulang kerana pandemik.

Kira-kira 80 rakyat Malaysia menghadiri majlis itu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan Thailand.

KMT ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia kira-kira 31 tahun lalu, bertujuan mengekalkan identiti Malaysia di Thailand selain untuk memupuk persahabatan keluarga Malaysia yang tinggal di negara ini.

-Awani

Tags: dutapmThailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perhilitan Siasat Kehadiran Buaya Dalam Parit

Next Post

Kira-kira 3,000 Anggota Polis Bertugas Pada Penamaan Calon PRN Johor

Related Posts

‘DNAA Kes SRC Najib Urusan Hakim, Saya Tak Masuk Campur’ – PM Anwar

‘DNAA Kes SRC Najib Urusan Hakim, Saya Tak Masuk Campur’ – PM Anwar

20/06/2025
0

PUCHONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak mencampuri sebarang urusan perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

Next Post

Kira-kira 3,000 Anggota Polis Bertugas Pada Penamaan Calon PRN Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd