• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Ummu Mihjan – Tukang Sapu Yang Mendapat Kemuliaan Rasulullah SAW

oleh Mohd Arshad
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Jangan kita sesekali memandang rendah kepada orang yang berada disekeliling kita sekalipun mereka hanyalah seorang tukang sapu. Terdapat seorang wanita bernama Ummu Mihjan (atau Mihjanah) yang sering membersihkan masjid Nabawi. Beliau telah meninggal dunia pada malam hari dan sahabat menunaikan solat jenazah dan mengebumikan beliau tanpa pengetahuan Rasulullah.

2. Namun Rasulullah perasan ketiadaan Ummu Mihjan, lalu Baginda bertanya kepada para sahabat: Di mana Ummu Mihjan? Sahabat menjawab: “Dia telah meninggal.” Rasulullah (barangkali dengan nada yang kecewa menegur): “Mengapa kamu tidak memaklumkan padaku? Tunjukkan aku di mana kuburnya.”

3. Tibanya dikubur, Rasulullah mendoakan beliau dan Baginda bersabda:

 

إن هذه القبور مملوءة ظلمة على أهلها، وإن الله تعالى يُنوِّرُها لهم بصلاتي عليهم

“Sesungguhnya kubur ini gelap buat ahlinya, dan sesungguhnya Allah akan melimpahkan cahaya buat mereka melalui doaku kepada mereka.” (HR Muslim)

4. Menurut Qadhi Iyad, hadis ini menggambarkan kepada kita betapa Rasulullah sangat peka terhadap orang yang susah. Ummu Mihjan adalah wanita yang miskin, namun beliau rajin membersihkan Masjid Nabi.

5. Hadis ini turut mendidik kita bagaimana Rasululah sentiasa menghargai amalan seseorang walaupun orang lain menganggap perkara tersebut kecil. Rasulullah melihat amalan seseorang itu dengan nilai yang tinggi walaupun hanya dengan amalan yang kecil. Ummu Mihjan bukanlah terlibat di dalam peperangan maupun pentadbiran Madinah. Namun usaha beliau membersihkan masjid mempunyai kedudukan di sisi Allah.

6. Justeru, janganlah kita memandang rendah orang yang berada di sekeliling kita. Jadilah seperti Ummu Mihjan yang melakukan sedikit amalan yang baik dan bermanfaat untuk kaum Muslimin. Lakukanlah sedikit, walaupun dengan berkongsi (share) nasihat yang bermanfaat di media social kerana kita tidak tahu amalan mana yang akan membawa kita ke syurga.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Tags: Agama
Share219Tweet137SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan supaya jangan ada mana-mana pihak menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd