Sample Page Title

Ini bukan cerita rasis. Ini cuma sebuah cerita yang masih jadi sebutan hingga hari ini. Cerita antara Ketam Melayu dan Ketam Cina.

Walaupun cerita ini sudah terlalu panjang usianya, tetapi tetap segar, penuh hikmah dan penuh teladan untuk dihayati.

Berdasarkan cerita lama, Ketam Melayu kalau seekor cuba keluar dari bakul, Ketam Melayu yang lain akan tarik ketam tadi masuk semula ke dalam bakul.

Selepas itu mula bergaduh dalam bakul. Salah menyalah dan tuduh menuduh. Bukannya mencari jalan penyelesaian dan akhirnya jadi santapan.

Ketam Cina kalau seekor mahu keluar bakul, Ketam Cina yang lain akan tolak keluar ketam itu dan seterusnya meniru cara ketam itu berjaya keluar dari bakul.

Cerita pasal Ketam Melayu dan Ketam Cina ini menarik jika mahu dianalogikan dengan perkembangan baharu yang berlaku dalam industri sukan bola sepak tanah air.

Sejak beberapa hari lalu terdapat Ketam Melayu menyatakan rasa kurang senang kerana banyak maklumat tentang skuad Harimau Malaya diketahui Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Ketam Melayu itu berkata, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) seolah-olah mempunyai pengintip yang memberikan maklumat terperinci.

Ketam Melayu itu berpandangan setiap perkara berlaku dalam kem Harimau Malaya tidak sepatutnya didedahkan kepada umum kerana boleh memberi tanggapan negatif.

Kemudian muncul seekor lagi Ketam Melayu membuat kenyataan berbaur provokasi mengapa TMJ tidak dikenakan tindakan tatatertib kerana mengkritik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Ketam Melayu kedua itu mendakwa tidak adil TMJ tidak dikenakan tindakan tatatertib seperti yang pernah dialami beberapa individu lain dalam industri bola sepak negara kerana mengkritik FAM.


Tunku Ismail baru-baru ini secara terbuka mengkritik beberapa kelemahan pengurusan FAM termasuk dalam aspek perancangan pasukan dan kegagalan komunikasi.

Ketam Melayu terbabit namun tersilap perkara paling penting iaitu yang pertama, TMJ tidak perlukan pengintip bertarat 007 untuk mengetahui apa berlaku dalam FAM.

Ramai pihak yang terlibat dalam sukan bola sepak Malaysia mencari TMJ sebagai tempat mengadu dan rujukan, daripada pemain sehinggalah kepada para penyokong.

Kedua, apa dibangkitkan TMJ adalah tentang fakta dan kebenaran, maka apa jua statut berhubung Artikel 61, 82 dan 88 tidaklah melebihi Perlembagaan Negara tentang hak kebebasan bersuara.

Jika betul Ketam Melayu terbabit cinta dan sayangkan bola sepak negara, sepatutnya mereka melihat TMJ sebagai figura penting demi kemajuan masa depan bola sepak Malaysia.

Figura yang boleh menjadi representasi mereka untuk menyuarakan kritikan, pandangan serta pendapat, bukan dianggap musuh yang perlu ditatatertibkan.

Kisah ‘ketidakmajuan’ sukan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa bukan isu baru sebaliknya sejak berpuluh tahun lalu. Seantero dunia mengetahuinya.

Sehinggakan Kim Pan-gon menulis kepada rakyat Hong Kong beliau mahu ke Malaysia kerana simpati dengan perkembangan bola sepak negara ini.

Jika masih ingat TMJ pernah berusaha membawa keluar bola sepak Malaysia daripada kepompong kesuraman, tetapi akhirnya terpaksa mengundurkan diri dalam tempoh yang singkat.

Gara-gara banyaknya Ketam Melayu menyulitkan TMJ untuk berbuat demikian dan kini Ketam Melayu terus merungut sesama sendiri dalam ‘bakul’ yang paling dalam selepas TMJ angkat kaki.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...