• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama PH, MUDA Belum Muktamad

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI: Perbincangan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk mengenai pembahagian kerusi, masih belum dimuktamadkan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PH turut akan mengadakan perbincangan dengan parti lain dalam masa terdekat berhubung kerjasama itu sejurus selesai rundingan dengan MUDA.

“Kita mahu berbincang dengan semua parti untuk elak pertembungan tetapi buat masa ini perbincangan dengan MUDA lebih realistik.

“Kami harap kalau kita berjaya, kita boleh buat barisan atau pentas kerana kita bukan nak menang kerusi saja tapi kita nak menang kerajaan. Itu yang rakyat hendak. Kita boleh buat perubahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ibu pejabat baharu DAP Johor di sini, hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mengulas mengenai hasil rundingan antara PH dan MUDA khususnya membabitkan agihan kerusi.

Sabtu lalu, Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata rundingan kerjasama dengan MUDA kini di peringkat kepemimpinan negeri dan MUDA belum memberitahu jumlah kerusi dimahukan.

Mengenai Parti Warisan (WARISAN), Guan Eng berkata, semua parti berhak untuk bertanding dalam PRN Johor dan sekiranya ada kerjasama antara PH dan parti itu, ia akan dilakukan secara literal terlebih dulu.

Terdahulu, Naib Presiden WARISAN, Datuk Junz Wong dilaporkan berkata parti itu bersedia menjadi pengubah keadaan sekiranya membuat keputusan bertanding dalam PRN Johor.

Bernama-

Tags: mudaPHPKRPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PH Tidak Sekaya Parti Lain, Terpaksa Guna Semula Bendera Terpakai – DAP Melaka

PH Tidak Sekaya Parti Lain, Terpaksa Guna Semula Bendera Terpakai – DAP Melaka

23/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pihaknya menggunakan semula bendera terpakai untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd