• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenderaan Rasmi Saya Myvi Dan Terkini ‘Aston Martin’ – Maszlee

oleh Mohd Arshad
04/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik sekali lagi menyindir pihak yang mendakwa beliau menerima suapan sewaktu memegang jawatan sebagai menteri.

Terbaharu beliau memuat naik gambar dirinya sedang memandu sebuah kereta Perodua Myvi warna hitam dan gambar kereta Aston Martin yang ‘ditampal’ dengan wajah beliau.

“Fitnah kononnya saya diberikan Vellfire no 2828…

“Itu milik EMGS agensi KPM (sekarang KPT) yang digunakan sewaktu saya menteri,” ciapnya menerusi satu hantaran di Twitternya pada Jumaat.

Beliau berkata, Vellfire yang dimaksudkan adalah milik Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global (EMGS), agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu, sekarang di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Hari saya berhenti, kereta itu dipulangkan dan terus digunakan oleh CEO EMGS.

“Kenderaan rasmi saya Myvi dan terkini ‘Aston Martin’,” jelasnya.

Bekas Menteri Pendidikan itu sebelum ini pernah menafikan dakwaan menerima sebuah kenderaan jenis Vellfire dari satu syarikat di bawah Kementerian Pendidikan semasa beliau menjadi menteri.

Bagaimanapun, Maszlee berkata, beliau sama sekali tidak pernah memiliki kenderaan sedemikian.

-Awani

Tags: kenderaan rasmimaszlee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: Maszlee Ajak Calon Simpang Renggam Berdebat

PRU15: Maszlee Ajak Calon Simpang Renggam Berdebat

05/11/2022
0

KLUANG - Penyandang Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu mengajak tiga calon dari...

Maszlee Berdepan Empat Penjuru Di Simpang Renggam

Maszlee Berdepan Empat Penjuru Di Simpang Renggam

05/11/2022
0

KLUANG - Proses penamaan calon di Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu menyaksikan hampir 300...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd