• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartel PDRM: Hamid Bador Hilang Hak Buat Sebarang Komen – EAIC

oleh Mohd Arshad
28/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebulat suara mendapati bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah hilang hak untuk membuat sebarang komen berkait kewujudan kartel dalam PDRM.

Dalam satu kenyataan, EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Selain tidak menamakan mana-mana pegawai yang terlibat dalam isu kartel itu, Abdul Hamid juga mengakui selaku KPN beliau tidak pernah membangkitkan isu tersebut dalam mana-mana mesyuarat melibatkan Pengarah-pengarah Jabatan PDRM Bukit Aman.

“Justeru, barisan Pesuruhjaya EAIC mendapati beliau selaku KPN tidak mengambil tindakan sewajarnya, walaupun mengetahui berkenaan dengan isu kartel ini sejak tahun 2020 yang mana beliau mempunyai masa dan kuasa untuk menangani isu ini sebelum mendedahkannya kepada media.

“Beliau selaku KPN sepatutnya mengarahkan pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan tindakan sewajarnya perlu diambil terlebih dahulu sebelum isu kartel ini didedahkan kepada pihak media.

“Sebaliknya, beliau tidak memberikan keterangan kepada pihak JIPS Bukit Aman supaya isu kartel ini dapat disiasat dan diselesaikan dan beliau selaku KPN tidak pernah membangkitkan isu kartel ini dalam Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP),” memetik kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh tujuh anggota EAIC yang dipengerusikan oleh Tan Sri Sidek Hassan.

EAIC pada masa sama menegaskan bahawa Abdul Hamid enggan untuk dirakam percakapan lanjut bagi mendapatkan penjelasan berkenaan dengan isu-isu ini.

Malah, EAIC memaklumkan terdapat saksi dalam siasatan tersebut yang menyatakan bahawa kenyataan mengenai kewujudan kartel yang dibuat Abdul Hamid pada saat akhir sebelum kontrak beliau sebagai KPN tamat pada Mei 2021 menimbulkan persoalan mengenai motif dan tujuan pendedahan tersebut.

Awani-

Tags: EAICTan Sri Abdul Hamid Bador
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

EAIC Tubuhkan Pasukan Petugas Khas Siasat Isu 7 Pemain Naturalisasi

EAIC Tubuhkan Pasukan Petugas Khas Siasat Isu 7 Pemain Naturalisasi

04/11/2025
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu berkaitan dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan...

EAIC Mahu Syor Buang Kerja Penguat Kuasa Kastam Ditahan Kes Tiris Berbilion Ringgit

EAIC Mahu Syor Buang Kerja Penguat Kuasa Kastam Ditahan Kes Tiris Berbilion Ringgit

13/06/2024
0

SEPANG : Kira-kira 40 penjawat awam, termasuk penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd