• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Intervensi Kerajaan Jamin Kestabilan Harga Ayam Standard

oleh Mohd Arshad
02/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Langkah intervensi kerajaan menetapkan harga runcit bagi ayam standard pada RM8.90 berkuat kuasa Sabtu ini hingga 5 Jun dapat menjamin kestabilan harga ayam dan harga makanan berkaitan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Sekiranya kerajaan tidak melaksanakan langkah itu, harga runcit ayam di pasaran pada masa ini akan melebihi RM10 sekilogram susulan peningkatan kos penternakan ayam sebanyak 70 peratus.

“Dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan pada 31 Januari lalu, mesyuarat telah diberikan taklimat berkenaan industri pengeluaran ayam dan telur yang menerima impak kenaikan mendadak kos input makanan jagung dan soya.

“Berikutan peningkatan kos pengeluaran, maka pihak industri telah mengemukakan kepada kerajaan supaya harga kawalan dinaikkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan, selepas mempengerusikan Mesyuarat NACCOL.

Nanta berkata, harga siling runcit ayam bagi Labuan, Sabah dan Sarawak pula akan dibuat berdasarkan lokasi.

Harga runcit itu adalah penurunan kali ketiga selepas ditetapkan pada RM9.50 sekilogram ketika Deepavali, RM9.30 ketika Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) (7 hingga 31 Disember) dan RM9.10 ketika (SHMKM) (1 hingga 4 Februari).

“Penetapan harga baru runcit ayam ini ditampung melalui subsidi kerajaan hingga kos pengeluaran ayam kembali rendah dan stabil,” katanya.

Nanta berkata pihaknya sentiasa menyokong langkah proaktif kerajaan bagi memastikan Dasar Sekuriti Makanan Negara sentiasa terjamin dari segi bekalan serta mengelak berlaku kenaikan harga yang membebankan rakyat.

Hasil Mesyuarat Taskforce Pelaksanaan mengenai pelan tindakan jangka panjang berkaitan bekalan makanan yang akan dipengerusikan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) tidak lama lagi akan dilaporkan ke Mesyuarat NACCOL akan datang.

-Berita Harian

Tags: Intervensi KerajaanjaminanKestabilan Harga Ayam Standard
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Perlukan Jaminan Kerajaan Sahkan Digital ID Selamat Diguna’

‘Rakyat Perlukan Jaminan Kerajaan Sahkan Digital ID Selamat Diguna’

02/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi jaminan kepada rakyat bahawa pelaksanaan sistem Identiti Digital Nasional atau Digital ID adalah selamat tanpa...

Menantu Muhyiddin Beri Jaminan Pulang Ke Tanah Air, Nafi Melarikan Diri

Menantu Muhyiddin Beri Jaminan Pulang Ke Tanah Air, Nafi Melarikan Diri

09/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan kembali ke negara ini secepat mungkin bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd