• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Berhasrat Jadi Tuan Rumah Perlumbaan F1

oleh AK-47
19/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MATARAM : Gabenor Nusa Tenggara Barat, Zulkieflimansyah optimis dengan pembinaan Litar Mandalika bagi menjadi tuan rumah penganjuran perlumbaan Formula 1 (F1).

Lapor Kompas.com, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan wakil F1, Gerwin Beran berhubung pembinaan litar yang mempunyai laluan sepanjang 4.3 kilometer serta 17 selekoh.

“Perbincangan yang sangat baik dan pihak mereka gembira dengan Litar Mandalika yang sesuai untuk F1.

“Pihak F1 turut memberikan pandangan kepada pihak kerajaan untuk menambah bilangan hotel terkemuka di wilayah ini.

“Ini termasuk menaik taraf kemudahan penginapan dengan penggredan hotel lima bintang dan ke atas,” katanya.

Litar Mandalika dipilih menjadi tuan rumah perlumbaan antarabangsa MotoGP 2022 yang akan berlangsung 18 hingga 20 Mac depan.

Pelumba MotoGP turut menjalankan sesi percubaan awal di litar tersebut pada 11 hingga 13 Februari lalu.

Litar Mandalika dibina di Zon Ekonomi Khas Mandalika, Lombok Tengah.

Sebelum ini, pembinaan litar tersebut mencetuskan pelbagai isu sebelum acara perlumbaan kejohanan dunia berlangsung. Berhampiran Litar Mandalika terdapat sebuah perkampungan kecil yang kebanyakan penduduknya berasa terganggu dengan bunyi bising.

Penduduk di situ merupakan warga Dusun Bunut, Desa Kuta, Lombok Tengah dan suara ekzos motor lumba paling kuat didengari ketika pelumba melalui selekoh lima hingga lapan.

Difahamkan, seramai 48 keluarga tinggal di tengah litar tersebut dan pencemaran bunyi itu menyebabkan waktu tidur mereka terganggu terutamanya anak kecil.

-Utusan Online

Tags: F1Indonesiatuan rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd