• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gas Ammonia Kilang Proses Ayam Bocor

oleh Mohd Arshad
02/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG : Seramai 463 pekerja sebuah kilang memproses ayam di Bagan Tengkorak di sini terselamat selepas berlaku kebocoran gas ammonia di kilang terbabit pada Rabu.

Kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu disedari pekerja kilang yang melihat kebocoran pada salah satu saluran paip di kilang terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.20 petang.

“Seramai tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran pada saluran paip gas ammonia yang menghasilkan bau amat kuat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Norazam berkata, bomba dengan pihak pengurusan kilang kemudian melakukan pemantauan menyeluruh dan menutup semua injap saluran gas tersebut.

Norazam memberitahu, semasa kejadian seramai 463 pekerja berada di kilang itu masing-masing terdiri daripada 290 lelaki dan 173 wanita.

Beliau berkata, tindakan pengosongan segera dilakukan dan kesemua pekerja itu diarah keluar ke kawasan selamat.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semuanya dalam keadaan selamat,” ujarnya.

Menurut Norazam, sehingga kini, operasi pemantauan masih giat dijalankan pihaknya di seluruh kawasan kilang berkenaan.

“Sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Shah Alam turut dikerah ke lokasi kejadian.

“Keadaan masih terkawal dan akan dipantau dari masa ke semasa,” katanya.

Awani-

Tags: Gas AmmoniaJBPMkilang proses ayam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

Negara Perlu 84 Balai Bomba Baharu

19/05/2024
0

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

09/04/2024
0

IPOH : Operasi memadamkan kebakaran di kawasan hutan bukit seluas 10 hektar berhampiran Pos Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dekat Gerik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd