• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Laporan Polis Dibuat Terhadap Kenyataan Ramasamy

oleh AK-47
23/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menerima enam laporan polis berhubung kenyataan dibuat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P Ramasamy mengenai isu penukaran agama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan mengenai perkara itu sudah dimulakan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman.

Menurutnya, kenyataan bertajuk ‘Penukaran agama secara unilateral di Perlis? Perasaan situasi yang berulang lagi’ dimuat naik di Facebook pada 13 Februari lalu dikatakan bersifat provokatif dan mencetuskan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana mengaitkan pihak berkuasa agama Perlis dengan istilah pengislaman unilateral, penculikan, manipulasi, paksaan serta ancaman dalam mengulas isu hak penjagaan anak seorang wanita.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 504 kanun sama iaitu kenyataan mengaibkan yang boleh menyebabkan pecah keamanan.

“Selain itu, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya cakna dan prihatin terhadap isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” katanya.

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Media sebelum ini melaporkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan kesal dengan kenyataan Ramasamy yang didakwa berbentuk provokatif dan berbaur perkauman selain mengeruhkan lagi keadaan.

-Harian Metro

Tags: Kenyataanlaporan polisRamasamy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ada ‘Pihak Ekori’ Pesawat MH370 Sebelum Hilang

Next Post

PTPTN Umum Kadar Dividen Simpan SSPN Tiga Peratus

Related Posts

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

23/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin menegaskan tidak akan berdiam diri dalam menuntut...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Next Post

PTPTN Umum Kadar Dividen Simpan SSPN Tiga Peratus

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd